in

“Sendiri rakam & viral, sendiri kena” – Pemandu Lori Tuduh Polis Minta Rasuah Ditahan Reman

Untitled Collage 56

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ayam terlepas, tangan bau tahi — peribahasa ni mungkin boleh kita samakan dengan apa yang berlaku terhadap seorang pemandu lori, yang ditahan reman selepas menuduh polis meminta wang ketika melakukan pemeriksaan ke atasnya baru-baru ini.


Kalau ada yang tak follow kes ni, boleh tengok rakaman video dibuat isteri kepada pemandu lori tersebut — yang dikongsikan oleh @999Malaysia.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku di Jalan Lahat, Ipoh.

Dalam satu pemeriksaan kelmarin, polis telah menahan sebuah lori kerana didapati membawa muatan rangka kereta dalam keadaan mencurigakan.

Lori2 1

Lori1 1

Masalah mula timbul bila polis minta untuk memeriksa kad pengenalan dan lesen memandu pemandu lori berkenaan — tapi suspek enggan berkerjasama dan memberi alasan kedua-dua dokumen penting tu tercicir di kedai barang lusuh.

Dan bermulalah drama sebabak yang tidak sepatutnya selepas itu.

Hmm, dah la tak nak beri kerjasama — itu satu. Kedua, buat kecoh dan siap rakam — itu dah boleh consider cuba nak halang penjawat awam jalankan tugas. Dan ketiga, buat fitnah.

Yang peliknya, di penghujung rakaman tu tiba-tiba pemandu tersebut hulurkan kad pengenalan dia. Kalau ikut laporan Sinar Harian, lepas je dia bagi kad pengenalan — suspek terus naik lori dan cabut tinggalkan lokasi kejadian.

Apapun, nasi dah jadi bubur dan suspek kini direman tiga hari untuk bantu siasatan.

 

Baca: “Ada orang dah nak mati ke dalam kereta VVIP tu?” – Video Ambulans Tengah Kecemasan ‘Dipaksa’ Polis Escort Beri Laluan Buat Netizen Berang

Jalan3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.