in

Senarai Tempat Dikunjungi Datuk Dr Zulkifli Sejak 24 September, Orang Ramai Diminta Buat Ujian Saringan COVID 19 Jika Hadiri Ke Majlisnya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri semalam memaklumkan bahawa beliau disahkan positif COVID 19 dan sedang menerima rawatan daripada KKM.


Menerusi perkongsian di Facebook, Dr Zulkifli juga meminta orang ramai yang menyertai majlis yang dihadirinya dari 24 September hingga 4 Oktober untuk segera menjalani pemeriksaan saringan COVID 19 di mana-mana klinik kesihatan. 

Menurut Sinar Harian, berikut antara beberapa program dan tempat yang telah dikunjungi Dr Zulkifli bermula 24 September lalu: 

 

1. 24 September – Berada di Tuaran, Sabah bertemu Mufti Sabah, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar 

View this post on Instagram

Sebentar tadi saya sempat menziarahi Tun Datuk Seri Panglima Sakaran Dandai, mantan Yang Dipertua Negeri Sabah dan isteri, Toh Puan Siti Rukaiyah Panglima Abdullah sekeluarga di rumahnya. Semoga Allah SWT memberi kesihatan dan kebahagiaan yang berpanjangan kepada beliau sekeluarga.

A post shared by Menteri di JPM (HEA) (@drzulkifli.albakri) on

 

2. 25 September – Pulang ke Semenanjung dan hadiri program di Madrasah Diniah Bakriah Pondok Terusan Limbat Pasir Tumboh, Kelantan

View this post on Instagram

ممولاكن لاوتن كرجا ك كلنتن سمڤنا هاري تربوك يادي دڠن مڠونجوڠي ڤوندوق ڤاسير تومبوه. ڤجابت منتري دان ياديم بربسر هاتي ممڤرونتوقكن RM27,000 اونتوق ڤلاجر، ڬورو، مسجد دان ڤوندوق ملالوءي سومبڠن واڠ، وقف القرءان، بارڠن اساس هارين دان باءيقڤوليه رومه. كراجأن اكن تروس ممبري سوكوڠن دالم ممڤركاس اينستيتوسي ڤوندوق باڬي ممبرداي لڤسن ڤوندوق اڬر برسديا سڤنوهڽ دڠن چابرن ريۏولوسي ايندوستري 4.0. Memulakan lawatan kerja ke Kelantan sempena Hari Terbuka YADIM dengan mengunjungi Pondok Pasir Tumboh. Pejabat Menteri dan YADIM berbesar hati memperuntukkan RM27,000 untuk pelajar, guru, masjid dan pondok melalui sumbangan wang, wakaf al-Qur'an, barangan asas harian dan baikpulih rumah. Kerajaan akan terus memberi sokongan dalam memperkasa institusi pondok bagi memberdaya lepasan pondok agar bersedia sepenuhnya dengan cabaran Revolusi Industri 4.0.

A post shared by Menteri di JPM (HEA) (@drzulkifli.albakri) on

View this post on Instagram

سيسي ديالوڬ عوام برسام امة إسلام د كلنتن سمڤنا هاري تربوك ياديم. ساي منكنكن كڤنتيڠن ڤمبينأن مودال انسان مندهولوي ڤمبينأن ايكونومي. اين كران دڠن اداڽ مودال انسان يڠ بركواليتي، اي اكن منديسيڤلينكن مأنسي دالم ڤمبينأن ايكونومي ستروسڽ نڬارا Sesi dialog awam (town hall) bersama umat Islam di Kelantan sempena Hari Terbuka YADIM. Saya menekankan kepentingan pembinaan modal insan mendahului pembinaan ekonomi. Ini kerana dengan adanya modal insan yang berkualiti, ia akan mendisiplinkan manusia dalam pembinaan ekonomi seterusnya negara.

A post shared by Menteri di JPM (HEA) (@drzulkifli.albakri) on

 

3. Berada di Terengganu untuk melawat orang tuanya dan Solat Jumaat di Masjid Ulul Albab, Jerteh, Terengganu

View this post on Instagram

Singgah bertanya khabar orang tua di kampung. Mohon doa dan restu bagi meneruskan amanah yang diberikan-Nya. Rasulullah SAW bersabda: الْوَالِدُ أَوْسَطُ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ فَإِنْ شِئْتَ فَأَضِعْ ذَلِكَ الْبَابَ أَوِ احْفَظْهُ “Orang tua (ibu bapa) adalah pintu Syurga paling tengah. Kalian boleh sia-siakan pintu itu atau kalian boleh menjaganya.” (Riwayat al-Tirmidhi) Syeikh al-Mubarakfuri dalam Tuhfatul Ahwazi ketika mensyarahkan hadith ini berkata bahawa kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan orang tua (ibubapa). Kemurkaan Allah itu berlawanan dengan redha pada kemurkaan orang tua kerana Allah SWT memerintahkan kita agar mentaati ibubapa serta memuliakan sesiapa yang mentaati mereka. Barangsiapa yang mentaati orang tua maka dia telah mentaati Allah dan barangsiapa yang memurkai mereka sesungguhnya mereka dimurkai Allah.

A post shared by Menteri di JPM (HEA) (@drzulkifli.albakri) on

 

4. Kuala Lumpur – Singgah minum di Kedai Pak Tam Putrajaya (Charter Field Town) KLIA dan bertemu anak muda OKU Pekak 

 

5. 26 September – Kuliah Subuh di Masjid Jamek Sultan Hisamuddin, Sepang dan PPR Pantai Ria, Kuala Lumpur

View this post on Instagram

Hari ini saya bersama-sama Pusat Pungutan Zakat MAIWP berada di PPR Pantai Ria, KL bagi pelancaran Projek Bakul Rezeki Khaira PPZ. Sumbangan berupa barangan keperluan kering seperti beras, gula, kicap, garam, tepung dan lain-lain bernilai RM 100 bagi setiap penerima yang melibatkan 4 PPR seperti berikut iaitu PPR Pantai Ria, Apartment Taman Sri Murni Fasa 2, PPR Jalan Jelatek dan PPR Seri Alam 2. Jumlah keseluruhan bagi sumbangan kepada 650 orang penerima di 4 PPR adalah bernilai RM 65,000. Saya akan memastikan gerak kerja agensi di bawah saya untuk terus bergerak aktif ​bukan sahaja melibatkan pengurusan hal ehwal agama, akan tetapi membantu mereka yang terkesan dengan ekonomi sekarang tidak mengira agama dan bangsa. Melihat kepada perkembangan ekonomi yang perlahan akibat wabak COVID-19, banyak individu telah kehilangan mata pencarian menjadikan lebih ​ramai asnaf baharu. Hasil lawatan kerja ke beberapa tempat sebelum ini, dilihat ramai sedang mengalami ​kesempitan hidup​. Ada keluarga yang terpaksa mencatu makanan kerana khuatir bekalan makanan tidak mencukupi. Justeru sebagai tanda keprihatinan, saya menggerakkan agensi-agensi agama untuk lebih proaktif membantu mereka yang memerlukan selain dari bantuan yang telah diberikan oleh kerajaan dan pihak berwajib.

A post shared by Menteri di JPM (HEA) (@drzulkifli.albakri) on

 

6. 27 September – Kuliah Dhuha secara langsung di Masjid Datuk Klana Petra, Nilai, Negeri Sembilan dan Surau Annur Bangi, Selangor

 

7. 28 September – Terima kunjungan Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah dan pihak pentadbiran Pusat  Pengajian Islam At-Taiyibin

 

8. 29 & 30 September – Iringi Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke majlis perasmian di Hotel Movenpick dan Pusat Konvensyen KLIA

View this post on Instagram

Mengiringi YAB Perdana Menteri merasmikan Persidangan Kehakiman Dan Perundangan Syariah Nusantara 2020. Persidangan ini amat bermakna kerana melibatkan pembentang kertas kerja dari Malaysia, Brunei Darussalam, Singapura dan Indonesia yang mengikutinya secara sidang video. Persidangan tiga hari ini memberi peluang kepada pengamal undang-undang syariah di keempat-empat negara bertukar ilmu dan buah fikiran terutama aplikasi maqasid syariah dalam konteks amalan norma baharu bagi sistem kehakiman dan perundangan syariah. Dengan bertemakan ‘Aplikasi Maqasid Al-Syar’iyyah: Ke Arah Pembudayaan Norma Baharu Dalam Sistem Kehakiman dan Perundangan Syariah’, saya yakin persidangan ini bakal memberi impak yang baik kepada semua peserta bagi memperkasa pentadbiran undang-undang Syariah di negara masing-masing. Mewakili Malaysia, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada wakil Brunei Darussalam, Singapura dan Indonesia atas sokongan dan penglibatan dalam persidangan ini. Penghargaan saya tujukan kepada Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia atas penganjuran persidangan yang berprestij ini.

A post shared by Menteri di JPM (HEA) (@drzulkifli.albakri) on

 

9. 1 Oktober – Boomerang bersama anak muda dari Johor dan sertai Solat Jumaat di USIM 

View this post on Instagram

سلڤس خطبة جمعة د اونيۏرسيتي ساءينس إسلام مليسيا، ساي مڠحاضيري مشوارت برسام ڤڠوروسن ترتيڠڬي اوسيم بركنأن تاورن ڤڠنجورن برسام ڤروجيك بركاءيتن ڤنديديقن سيۏيق كڤد سكوله-سكوله اڬام. ان شاء الله اڬينسي-اڬينسي اڬام د باوه جابتن ڤردان منتري سديا ممبري كرجاسام ڤنوه دالم ڤمباڠونن شخصية ڤلاجر د سكوله-سكوله اڬام Selepas Khutbah Jumaat di Universiti Sains Islam Malaysia, saya menghadiri mesyuarat bersama Pengurusan Tertinggi USIM berkenaan tawaran penganjuran bersama projek berkaitan Pendidikan Sivik kepada sekolah-sekolah agama. Insya-Allah agensi-agensi agama di bawah Jabatan Perdana Menteri sedia memberi kerjasama penuh dalam pembangunan sahsiah pelajar di sekolah-sekolah agama.

A post shared by Menteri di JPM (HEA) (@drzulkifli.albakri) on

 

10. 3 Oktober – Majlis Pengijazahan Perubatan & Pengubatan Islam Darussyifa’ Sesi 2020 di Darul Quran, Putrajaya

View this post on Instagram

Tahniah saya ucapkan kepada 80 orang peserta kursus yang telah berjaya menamatkan Majlis Pengijazahan Perubatan & Pengubatan Islam Darussyifa’ Sesi 2020. Tidak lupa juga ucapan tahniah saya kepada urusetia serta tenaga-tenaga pengajar dari Darussyifa’. Saya kira agak mencabar untuk menjalankan kursus ini pada tahun 2020 ini memandangkan dunia yang dilanda wabak Covid-19. Sedangkan Darussyifa’ sendiri mempunyai Prosedur Operasi Standard (SOP) tersediri dalam mengijazahkan seseorang pelajar. Ada jam kuliahnya yang perlu diikuti, tasmi’ ruqyahnya, tasmi’ herba dan lain-lainnya. Oleh itu suka untuk saya nasihatkan kepada para peserta, manfaatkanlah segala ilmu yang telah diajarkan dengan sebaiknya. Saya turut diberikan kesempatan untuk melancarkan satu lagi buku penerbitan Darul Quran yang bertajuk Sejarah & Perkembangan Pendidikan Tahfiz Al-Quran di Malaysia: Edisi 2. Buku ini merupakan kesinambungan kepada buku Perkembangan Pendidikan Tahfiz: Darul Quran Perintis Dinamik yang telah diterbitkan oleh Darul Quran pada tahun 2018. Tahniah juga diucapkan kepada Darul Quran atas penerimaan Sijil ISO 9001:2015 dan MS 1900:2014 bagi Sistem Pengurusan Kualiti serta Sistem Pengurusan Kualiti Berasaskan Syariah oleh pihak SIRIM. Sijil ini membuktikan pengiktirafan SIRIM terhadap pengurusan kualiti Darul Quran.

A post shared by Menteri di JPM (HEA) (@drzulkifli.albakri) on

Pada hari yang sama, beliau juga menghadiri Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkenaan COVID 19 di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya yang dihadiri Perdana Menteri dan menteri Kabinet.

 

11. 4 Oktober – Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk menyampaikan sumbangan

Pada sebelah malamnya pula, beliau hadir ke Majlis Tilawah dan Hafazan al-Qur’an KAFA Peringkat Kebangsaan 1442 / 2020 Geno Hotel, Shah Alam.

View this post on Instagram

Tahniah saya ucapkan kepada Bahagian Pendidikan JAKIM atas penganjuran acara berprestij Majlis Tilawah dan Hafazan al-Qur’an KAFA Peringkat Kebangsaan 1442 / 2020. Walaupun ia berlangsung dalam norma baharu, majlis tetap meriah dengan keindahan bacaan al-Qur’an anak-anak cilik ini. Saya sempat berbual dengan peserta termuda, anakanda Maryam Solehah binti Noor Hisham, 8 tahun yang mewakili Negeri Sembilan. Tahniah saya ucapkan kepada Johan Qari dan Qari’ah Majlis Tilawah al-Qur’an, begitu juga Johan Hafazan Lelaki dan Perempuan. Tahniah juga kepada pemenang keseluruhan iaitu Negeri Johor Darul Takzim. Kerajaan atas terus memperkasa penghayatan al-Qur’an melalui pemerkasaan silibus KAFA bagi membentuk modal insan yang berkualiti untuk agama, bangsa dan negara.

A post shared by Menteri di JPM (HEA) (@drzulkifli.albakri) on

Apa-apapun marilah kita mendoakan semoga Dr Zulkifli dalam keadaan baik-baik sahaja dan sesiapa yang mempunyai kontak rapat dengannya untuk segera melakukan ujian COVID 19. 

Baca: [TERKINI] Datuk Dr Zulkifli Al Bakri Positif COVID 19, Mohon Orang Ramai Hadiri Majlis Yang Libatkannya Buat Ujian COVID 19

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.