in

“Senang je main-mainkan solat” – Ramai Berang Instafemes Persenda Agama di Ice Rink

Yellow

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Instafemes ni dah macam selebriti tau, semua cerita pasal dorang cepat je tersebar kat media sosial.



Korang ingat tak sorang instafemes dulu yang kena kecam teruk kat rancangan Motif Viral tu? Tak lama lepas tu dia buat hal lagi dengan jual minyak pengasih pulak kat media sosial. Tak sampai sebulan perkara tu berlaku, dah dia buat hal lagi sekali! Haiish dah kenapa pulak ni?

Capture 4
sumber: instagram

Macam sengaja nak mengundang kecaman dan tohmahan orang ramai, instafemes ni sekali lagi jadi tumpuan lepas tunjukkan kelakuan tak senonoh sewaktu main ice skating dengan kawan-kawan dia. 

Dalam video berdurasi 15 saat yang dimuat naik di Instagram, instafemes tu kelihatan sedang merangkak ke arah kawan-kawannya. Bila dah sampai situ, instafemes ni tiba-tiba angkat takbir macam nak solat dan tiba-tiba sujud kat dalam ice rink tu. What?! Apehal budak ni?

88
sumber: instagram
77
sumber: instagram

Lepas satu kali sujud, instafemes tu nampak macam nak sujud untuk kali kedua tapi cancel dan terus buat pose baring kat atas ais. Dah dapat lebih 100,000 tontonan di Instagram, ramai yang kecam instafemes ni yang dianggap tak sensitif langsung dengan isu berkaitan agama walaupun bertudung.

999
sumber: instagram

Lebih teruk lagi, ada yang tuduh instafemes ni persenda agama sebab senang je main-mainkan solat. Oleh sebab itu, ramai yang tak puas hati dan nak jabatan agama ambil tindakan dekat instafemes ni atas tindakan dia yang langsung tak fikir sensitiviti agama.

Ada juga yang menuduh instafemes ni terlalu nak kejar populariti sampai tak fikir dua kali sanggup permainkan agama semata-mata nak buat kelakar. Tak tahu niatnya hanya untuk bergurau ataupun dah habis modal nak buat lawak, rata-rata kecewa dengan sikap yang ditunjukkan gadis ni.

1 3
sumber: instagram
2 4
sumber: instagram
3 3
sumber: instagram
4 2
sumber: instagram
5 2
sumber: instagram

Ramai yang tonton video ni tinggalkan komen negatif kat video yang dimuat naik sebab dorang memang tak setuju dengan apa yang instafemes ni buat. Mungkin sebab terlalu banyak komen negatif, pemilik akaun yang muat naik video tu akhirnya dah padam rakaman tersebut daripada media sosial dia.

Mungkin niat dia hanya nak bergurau ataupun nak buat kelakar, tapi seeloknya tak perlu gunakan isu sensitif yang berkaitan agama. Korang kalau nak buat something kat public dan upload kat social media, better fikir dua kali dulu tau. So apa pendapat korang pasal kelakuan instafemes ni? Share sikit kat ruangan komen.

Tonton video gelagat instafemes tu kat ice rink:

Sumber: Facebook

Baca: Instafemes Buat Hal Lagi! Kali Ni Promote Minyak Dagu di Media SosialDudu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.