in

“Semua tu karut semata” – Lepas Seminggu Didakwa Pukul Orang, Sharnaaz Ahmad Buka Cerita Sebenar

Page Sharnaaz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam genap seminggu pelakon Sharnaaz Ahmad telah dibebaskan daripada tahanan reman selepas dirinya didakwa terlibat melakukan kekerasan terhadap salah seorang penduduk sebuah kondominium di Segambut baru-baru ini.


Selepas mendiamkan diri selama seminggu, akhirnya pelakon itu tampil menjelaskan hal sebenar yang terjadi menerusi perkongsian video berdurasi lebih 3 minit yang dimuat naik di akaun Instagramnya @sharnaazahmad.

Dari video itu, Sharnaaz menegaskan bahawa dirinya tak pernah sesuka hati untuk melakukan keganasan tanpa sebab malah turut mengatakan yang dia tak pernah menumbuk, mencekik, memijak ataupun memijak perut seperti yang menjadi perbualan netizen sebelum ni.

“Demi Allah, Mamu (Sharnaaz) tidak menumbuk, mencekik, menendang perut. Itu semua adalah benda-benda karut. Jangan percaya dan Mamu yakin, Mamu tak buat” – Jelas Sharnaaz

“Tujuan Mamu nak leraikan pergaduhan saja”

Menurut mStar, aktor ini sebaliknya hanyalah mahu berikan bantuan untuk meleraikan pergaduhan antara penduduk tersebut dengan pengawal kerana melarang mangsa untuk membawa masuk minyak masak.

Sharnaaz yang mengatakan dirinya tak boleh melihat keadaan orang ditindas menyebabkan dia terus bertindak untuk meleraikan pergaduhan tersebut namun akibatnya berlaku pula insiden yang tak diingini.

Sharnaaz

Kini, dia hanya menunggu untuk keputusan akhir mahkamah kerana segala kertas siasatan juga telah dihantar kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya dan mahu kes ini diselesaikan dengan segera.

Tenang betul eh Sharnaaz explain hal ni… Apa-apa pun terbaik lah Mamu!

Baca: Pelakon Lelaki Tumbuk & Tendang ‘Pak Guard’ Dibebaskan Polis Hari Ini

Untitled 1 18

Sumber: Utusan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.