Gara-gara tak mampu untuk bayar shipping fee, empat orang lelaki memilih untuk makan 30 kilogram (kg) buah oren dalam tempoh setengah jam.
Insiden lucu itu dilaporkan berlaku di sebuah lapangan terbang di Kunming, wilayah Yunnan, barat daya China.
Menurut Global Times, Wang dan tiga orang rakan sekerjanya datang ke Kunming atas urusan kerja. Kumpulan itu kemudiannya telah membeli sekotak oren seberat 30kg untuk dibawa pulang.
Walau bagaimanapun, niat mereka terbantut apabila pihak lapangan terbang mahu mengenakan charge penghantaran 10 yuan (RM6.24) bagi setiap kilogram sekotak oren terbabit.
Oleh kerana kumpulan itu merasakan delivery charge berjumlah 300 yuan (RM187) terlalu mahal, mereka membuat keputusan untuk memakan kesemua oren yang dibeli mereka.
“Kami berdiri di situ dan makan kesemua oren. Dalam masa 20-30 minit kami berjaya habiskan satu kotak,” kata Wang.
Meskipun mereka berjaya menghabiskan satu kotak oren dalam masa yang pantas, kesemua mereka dikhabarkan mengalami ulcer selepas itu.
Tindakan empat lelaki itu kini menjadi bahan lawak netizen di China. Ada juga yang bertanya kenapa tak seorang pun dari mereka terfikir untuk membawa oren-oren itu di dalam empat bungkusan berasingan.
Admin rasa confirm lepas ni empat orang ni trauma tengok buah oren.
Sumber: Global Times
Baca: Buat Lamborghini Jadi Kedai Jual Tembikai, Lelaki Terima Padah Dapat Saman Trafik