in

Buat Lamborghini Jadi Kedai Jual Tembikai, Lelaki Terima Padah Dapat Saman Trafik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pernah tak korang lihat sebuah Lamborghini Aventador dijadikan sebagai ‘fruit stall‘ oleh pemiliknya dengan menjual longgokan tembikai yang diletakkan di bahagian trunknya?


Nama pun supercar, tentulah ia sinonim dengan perkara-perkara mewah saja. Tapi hakikatnya, itulah yang dilakukan seorang Instafamous dari Iran ini.

Tavakolian mula memuatnaik gambarnya menjual tembikai di dalam Lamborghini miliknya itu beberapa hari lalu. Menurut laporan RT, tembikai itu hanya dijual pada harga 5 liras sekilo — berjuta-juta kali ganda lebih murah daripada nilai Lamborghini tersebut!

Dan sejak perkongsiannya tular, tindakan Tavakolian mula mendapat perhatian netizen di media sosial. Namun ia mengundang rasa kurang senang daripada pihak berkuasa tempatan.

Akibatnya, lelaki itu diberikan saman trafik atas kesalahan menggunakan kenderaan dengan tujuan yang bertentangan daripada apa yang termaktub di dalam lesen. Selain mendapat saman, dia turut dilarang daripada memandu selama 15 hari.

Apa pun, penalti itu tidak memberi sebarang kesan ke atas popularitinya dan Tavakolian tetap gembira aksinya itu menjadi bualan panas dalam media Turki.

 

Baca: Gelap Mata Jadi Jutawan, Lelaki Ini Guna Duit Bantuan COVID-19 Untuk Beli Lamborghini

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.