in

“Semua dah dijangkiti” – Terpaksa ‘Balut’ Badan Dengan Plastik Sampah Sebab PPE Habis, Kini Disahkan Positif Covid-19

Nurse Positif

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa minggu lepas, viral gambar menunjukkan tiga orang jururawat di Northwick Park Hospital, Harrow, England memakai peralatan perlindungan diri (PPE) menggunakan plastik sampah berwarna biru.


Mereka terpaksa berbuat begitu kerana terpaksa selepas kehabisan set PPE dek kerana penularan pandemik Covid-19 di negara itu. Dalam gambar yang viral tu, mereka ‘dibaluti’ plastik sampah dan memakai topeng muka serta sarung tangan.

Nurse1

Namun, malangnya ketiga-tiga jururawat itu kini disahkan positif Covid-19, lapor Metro. Hospital itu sebelum ini telah mengisytiharkan keadaan kecemasan selepas semua katil telah digunakan sepenuhnya untuk menempatkan pesakit.

Lebih menyedihkan, menurut Daily Telegraph, lebih 50% staf yang bertugas di satu wad telah menjalani pemeriksaan dan disahkan positif Covid-19.

Nurse3

Salah seorang jururawat berkata, mereka kini dalam keadaan terdesak memerlukan peralatan yang lengkap kerana berdepan dengan virus itu setiap hari. Bukan saja harus merawat pesakit tetapi juga selepas itu perlu merawat rakan-rakan sekerja yang telah dijangkiti virus tersebut.

Ramai sangat orang muda yang memerlukan alat bantuan pernafasan. Kebanyakan daripada mereka ada penyakit athma atau kencing manis. Mereka tak berhenti batuk. Batuk, batuk dan batuk. Kami hanya mampu tolong mereka beri bantuan pernafasan.”

Wad1

Wad5

Bila badan dah tak boleh lawan, mereka mati. Kami tak dapat selamatkan mereka. Paling teruk, kami tak boleh benarkan ahli keluarga datang ucapkan selamat tinggal.”

Walaupun jururawat perlu senyum selalu namun jauh di sudut hati mereka juga dalam ketakutan. Mereka juga sama seperti pesakit itu semua, sudah lama tidak pulang berjumpa keluarga kerana takut mereka membawa virus bersama.

Baca: “Semua di sini sangat tenat” – [VIDEO] Keadaan Tak Terkawal Dalam Wad ICU Pesakit Covid-19 di London

Wad Icu

Sumber: Metro
Sumber: Metro
Sumber: BBC
Sumber: BBC

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.