in

“Semua di sini sangat tenat” – [VIDEO] Keadaan Tak Terkawal Dalam Wad ICU Pesakit Covid-19 di London

Wad Icu

Dalam sebuah video yang diterbitkan di BBC, pegawai medik dilihat menerangkan keadaan sebenar yang sedang berlaku di wad ICU sebuah hospital di London.

Video tersebut menunjukkan bagaimana huru hara dan tak terkawal keadaan di dalam wad itu yang menempatkan pesakit Covid-19. Dalam keseluruhan pesakit di situ, hanya dua sahaja yang bukan pesakit Covid-19.

Sangat tak tercapai dek akal dan ini belum lagi kes memuncak. Kami tidak boleh hadapi kes yang lebih banyak, tidak boleh. Tiada siapa di antara kami yang pernah lihat keadaan sebegini.”

Wad6

Barisan frontliners terdiri daripada doktor dan jururawat dilihat memenuhi ruangan wad rawatan rapi itu untuk cuba sehabis baik menyelamatkan pesakit Covid-19 yang sedang kritikal.

Mereka semua (pesakit) dalam keadaan yang sangat tenat.”

Malah, mereka turut berkata tidak lama lagi mereka mungkin tidak cukup tangan untuk menangani situasi tersebut disebabkan kes Covid-19 yang semakin meningkat di sana.

Wad5

Wad1

Video tersebut menunjukkan keadaan ngeri bagaimana pesakit Covid-19 yang sedang bertarung nyawa dan salah seorang jururawat ICU yang sudah bertugas selama 23 tahun berkata,

Saya tidak pernah saksikan situasi sebegini. Kes bom di London dulu pun tidak seperti ini. Tak pernah alami situasi kelam kabut dalam masa yang singkat dan padat.”

Sesetengah staf kami tidak boleh hadapi keadaan ini. Jarang staf kami alami panic attack. Jadi kami betul-betul kena beri sokongan.”

Disebabkan kes naik mendadak, ada staf medik yang terpaksa bekerja 60 jam seminggu untuk cuba yang terbaik selamatkan pesakit agar angka kematian berkurang.

Tonton video di bawah:

Baca: “Bagilah untuk pesakit yang lebih muda” – SEDIH! Warga Emas Meninggal Dunia Akibat Covid-19, Katanya Tak Mahu Dibantu dengan Alat Pernafasan

Combine Nenek

Sumber: BBC
Sumber: BBC
Sumber: BBC