in

“Semoga selesai dengan cepat, tolong aminkan ye” – Abby Abadi Sokong Marissa Nak Cerai

Ft Abby Abadi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi menyokong keputusan anaknya itu yang memilih jalan untuk mengakhiri konflik rumah tangganya.

Perkara itu dikongsikan menerusi IG Story miliknya yang menunjukkan berita yang melaporkan kenyataan daripada Marissa Dania hari ini yang mengatakan bahawa ingin bercerai.


Artikel berkaitan: Aslam Tepis Dakwaan Pernikahan Dengan Marissa Masih Belum Berdaftar

Artikel berkaitan: “Pusing-pusing dulu” – Abby Abadi Titip Nasihat Buat Marissa Dania

“Alhamdulillah, semoga selesai dengan cepat.”

Dalam pada itu, Abby juga berharap agar kemelut melibatkan Marissa dengan Ahmad Aslam segera berakhir.

“Keluarlah cepat daripada mimpi ngeri, tolong aminkan ye.”

Screenshot 2026 04 01 172416

Abby juga sempat menitipkan pesanan buat Marissa agar dapat perbaiki segala kekurangan dan lalui hari-hari kelam dengan tabah untuk mendapatkan kehidupan yang lebih indah kelak.

Sebelum ini, Marissa menerusi IG Story miliknya ada memberikan kenyataan susulan dengan isu rumah tangganya sejak semalam. Ia berikutan dengan keberadaannya berada di Mahkamah Syariah bersama Aslam dan spekulasi mengenai status perkahwinan mereka.

Oleh itu, Marissa memberikan bayangan yang dirinya memilih untuk menamatkan konflik itu dengan perceraian. Marissa sebelum ini bernikah dengan Aslam di Songkhla, Thailand pada Disember 2023 sebagai isteri kedua.

Sumber : Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.