in

“Semoga dapat idea” – Tambah Nilai Guna Telefon, Netizen Jeles Tengok Cara Indonesia ‘Topup’ di Tol

Topup Guna Telefon

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak kiralah sama ada korang nak lalui tol di highway atau menaiki kenderaan awam seperti LRT, MRT dan KTM, korang pasti akan memerlukan penggunaan kad Touch ‘n Go (TnG).


Walau bagaimanapun, yang menjadi masalahnya kini ramai merungut kad TnG ini masih tidak menyokong perkhidmatan tambah nilai atas talian yang lebih memudahkan pengguna.

Thestar April 28.Png

Menerusi satu perkongsian di Twitter, tular sebuah video yang memaparkan pengguna jalan raya di Indonesia yang menambah nilai atau topup kad mereka menggunakan kaedah e-money melalui aplikasi mudah alih dan fungsi NFC yang tersedia di dalam telefon.

Dalam video ni korang dapat tengok wanita itu cuma perlu topup kad di aplikasi berkenaan dan mengimbas kad prabayar miliknya di atas telefon untuk pengesahan.

Kemudian wanita ini boleh terus gunakan kad di tol untuk membuat pembayaran. Senang kan?

Situasi di sini pula jauh berbeza sebab tak semua tol sokong perkhidmatan ini dan kadangkala kalau wang dah habis dalam kad, haa tak pasal-pasal korang kena berlari topup kat kiosk yang disediakan.

 

“Diorang guna ATM card je, integrate semua dalam tu” 

Video tersebut mendapat respon daripada netizen yang ternyata cemburu dengan kemudahan yang ada di negara jiran serta berharap pihak TnG boleh menggunakan teknologi seperti ini di Malaysia pada masa depan.

Canggih

Apa-apapun menerusi satu respon dari pihak TnG di Twitter berkata, kad yang dikeluarkan mereka sekarang juga kad pintar kerana mempunyai microcip di dalamnya.

Tng

Apa-apapun harap teknologi seperti ini akan diadakan di Malaysia tak lama lagi sebab ia sangat memudahkan serta menjimatkan masa. Mana tahu mungkin TnG dalam perancangan nak laksanakan ke… 

Baca: Lelaki Dari Indonesia Jadi Jutawan NFT Lepas Jual Selfie Diri Sendiri Sejak 2017 Hingga 2021

Ghozali Ghozalu Jutawan Nft

Sumber: The Star
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.