in

Lelaki Dari Indonesia Jadi Jutawan NFT Lepas Jual Selfie Diri Sendiri Sejak 2017 Hingga 2021

Ghozali Ghozalu Jutawan Nft

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang pernah dengar pasal NFT tak? Sana sini orang asyik bicara tentang NFT ini.



Bagi yang tak tahu, Non Fungible Token atau NFT adalah aset digital yang boleh dibeli sebagai investment dengan menggunakan wang kripto.

Antara barang yang boleh dibeli sebagai NFT termasuklah karya seni dalam bentuk media, klip video, GIF, muzik, gambar dan sebagainya.

 

Pemuda Indonesia jadi jutawan gara-gara NFT

Meskipun NFT ini boleh dikatakan sesuatu yang agak baru tetapi rupa-rupanya sudah ramai yang menjadi jutawan dengan menjual NFT di platform yang disediakan.

Antaranya ialah seorang lelaki dari Indonesia bernama Ghozali Ghozalu yang menjadi jutawan hanya dengan menjual selfie dirinya dari tahun 2017 hingga 2021. Wow! 

Menurut tweet yang dikongsikan @tech_lagi, Ghozali telah menjual swafoto dirinya sejak berusia 18 tahun hingga 22 tahun dan nilai koleksinya kini mencecah RM5.8 juta!

Dia juga katanya telah menjual setiap satu foto dengan nilai USD 3 atau bersamaan RM12.54. Bayangkan berapa ramai yang dah beli… 

 

“Ghozali is already on the moon” 

Kejayaan lelaki Indonesia ini telah mendapat perhatian netizen dan menjadi perbualan ramai sehinggakan Khairulaming pun bercakap pasal Ghozali tau! Hebatlah! 

Bagi mereka yang berjinak-jinak nak join NFT ni, pastikan korang betul-betul faham tau mengenai sistem jual belinya. Kalau di Malaysia, korang boleh berjual beli di platform Pentas.io

Baca: Ramesh Babu : Si Tukang Gunting Jutawan Yang Miliki Ratusan Kereta Mewah Termasuk Rolls Royce

Ramesh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.