in

Sembunyi Dad*h Dalam Pakaian, Warga Emas Ditahan Polis

4polis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang lelaki warga emas berusia 63 tahun ditahan polis selepas disyaki terbabit dengan penyalahgunaan dadah dalam satu kejadian di Jalan Apas, Tawau, semalam. Penahanan itu sekali gus membuktikan suspek masih terlibat dengan aktiviti terlarang meskipun sudah berusia lanjut.

Suspek ditahan oleh sepasukan anggota dari Balai Polis Tawau yang sedang menjalankan rondaan cegah jenayah selepas kelibat lelaki berkenaan dilihat berkeliaran dalam keadaan mencurigakan di sebuah stesen minyak di kawasan terbabit.


Hasil pemeriksaan lanjut mendapati pihak polis menemui satu paket plastik kecil mengandungi plastik lutsinar berisi ketulan hablur jernih yang disyaki dadah jenis syabu dengan anggaran berat kira-kira 0.20 gram, yang dipercayai disembunyikan dalam pakaian suspek.

Screenshot 2026 01 17 at 11.02.18 AM

Susulan penemuan itu, lelaki berkenaan bersama barang rampasan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau bagi membantu siasatan lanjut. Pemeriksaan rekod turut mendapati suspek mempunyai beberapa rekod lampau berkaitan kes dadah dan jenayah.

Kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.