in

“Maaf Dr, saya bawah pokok ni” – Penemuduga Kongsi Pengalaman Temu Duga Online Dalam Norma Baru

Iv

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semua sudah sedia maklum bahawa pandemik Covid-19 ini menyebabkan pergerakan orang ramai jadi terbatas bagi mengelakkan penularan wabak berbahaya ini. Dalam pada itu, kebanyakan aktiviti dilakukan secara online seperti pembelajaran dan bekerja dari rumah.


Sudah pasti ianya memerlukan internet yang mencukupi supaya tidak ada sebarang halangan yang berlaku. Untuk menggantikan sebuah pertemuan, video call merupakan salah satu cara yang boleh digunakan untuk mengadakan satu pertemuan jarak jauh.

Ivv

Namun, setiap perkara mempunyai kelemahan dan kelebihan masing-masing, begitu juga dengan internet.

Hal ini berhubung dengan satu perkongsian di Twitter di mana, seorang penemuduga mengadakan satu sesi temu duga untuk kemasukan pelajar dalam program perubatan.

Online

Online1

Kalau interview online kadang-kadang akan ada gangguan yang mungkin boleh menjejaskan sesi  itu. Namun, penemuduga ini bertolak ansur dengan calon temu duga itu yang mengatakan yang dia berada di bawah pokok memandangkan hanya di situ sahaja spot internet yang stabil.

Online 2

“Susah juga nak abaikan kicauan burung-burung dan angin lalu”

Dia juga faham bukan semua orang berada di tempat yang sama namun itu tidak menjadi permasalahan. Baginya, mereka tidak perlu meminta maaf dengan kekangan yang telah berlaku memandangkan semua itu berlaku di luar kawalan masing-masing.

Online3

Salute juga dengan pelajar ni sebab still ada usaha juga cari line internet tu.

Baca : “Maut sebab tuntut ilmu” – Gara-gara Cari Line Internet, Pelajar Meninggal Jatuh Dari Tingkat Atas Masjid

Masjid

 

 

 

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twittter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.