in

“I deserved it” – Adibah Noor Akui Layak Dapat ‘Bottom 3’ Lepas Ubah Lagu Bunda HKE Jadi Dikir Barat

Collage

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Adibah Noor merupakan antara peserta yang kemunculannya ditunggu-tunggu oleh penonton setia Gegar Vaganza musim ke-8 ini.


Lebih-lebih lagi apabila dia mendapat lagu rentak rancak dari Bunda Hetty Koes Endang (HKE) bertajuk ‘Berdiri Bulu Romaku’ yang juga sangat tidak asing kepada pendengar-pendengar di Malaysia.

Bagaimanapun, cubaan Adibah menyanyikan lagu dari Bunda ini nampaknya telah memakan dirinya apabila dia telah mendapat kedudukan bottom 3 dengan pungutan markah dari juri hanya (56.7%) sahaja.

Adibah tampil bergaya di awal kemunculannya dengan membawa sekumpulan ahli Dikir Barat untuk mengiring persembahannya. Namun apa yang mengejutkan, penyanyi yang pernah menjuarai Anugerah Juara Lagu (AJL) telah mengubah irama asal lagu tersebut dari awal sehingga akhir persembahan.

“Kamu ubah, kalau lebih bagus tak apa”

Bunda yang juga juri tetap untuk Gegar Vaganza 8 juga dilihat turut tergamam melihat persembahan Adibah Noor ini dan jelas kurang suka dengan arrangement tersebut.

Sejurus selepas tamat persembahan, tanpa membuang masa Bunda terus meminta band untuk memainkan lagunya versi asal dan menyanyikannya semula.

Ketika memberikan komen, Bunda menjelaskan persembahan yang dibawa oleh Adibah ini tak kena dengan suaranya. Malah, irama lagu tersebut juga tidak diubah menjadi lebih baik.

Kalau originalnya memang sudah kuat. Terus kamu ubah, kalau lebih bagus tak apa. Tapi kurang sesuai dengan suara Adibah. Lagu ini sudah sangat kuat.”

“Memang teruk gais”

Bercakap tentang persembahannya di minggu ke-7 ini melalui Instagram, Adibah mengakui persembahannya memang teruk dan dia sememangnya layak menduduki bottom 3.

Namun begitu, penyanyi ini menerima keputusan juri dengan hati terbuka dan akan terus cuba lagi untuk minggu yang akan datang.

Untuk pengetahuan korang, Adibah Noor akan membawakan lagu Hindustan bertajuk ‘Dhoom Machale’ minggu hadapan tau. Tak sabar nak tengok apa jadi pula…

 

Baca: Adibah Noor Minta Maaf Kurang ‘Perform’ Konsert Semalam, Asap Antara Punca Tak Fokus

Screenshot 2022 01 03 At 1.01.02 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.