in

“Semangat ooo!”- Chen Tang Jie & Toh Ee Wei Dipuji Jawab Soalan Bahasa Inggeris Dalam Bahasa Melayu

Syaz Ft 2026 01 26T161517.604

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pasangan beregu campuran negara, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei bukan sahaja berjaya membuktikan kehebatan mereka dengan merangkul gelaran juara di Kejohanan Badminton Indonesia Masters di Jakarta, malah mereka turut mencuri tumpuan dunia dengan jati diri yang sangat tinggi.

Selepas mempamerkan aksi kelas pertama menumpaskan lawan, tindakan mereka ketika sesi temu bual kemenangan (victory speech) benar-benar membuatkan rakyat Malaysia bangga.


Artikel berkaitan: “Tak boleh lift sahaja, saya defend” –  Gelagat Tang Jie–Ee Wei Tular, Bagi Arahan Dalam Bahasa Melayu Buat Netizen Terhibur

Artikel berkaitan: Bintang Badminton Jepun, Chiharu Shida Dedah Diekori ‘Stalker’ Lebih Setahun Lalu

Dalam perkongsian yang tular oleh @chentohh_tde di TikTok, pasangan ini dilihat menjawab soalan pengacara dalam bahasa Melayu sepenuhnya walaupun soalan diajukan dalam bahasa Inggeris. Walaupun baru sahaja selesai bertarung nyawa di gelanggang dan bergelar juara, mereka sedikit pun tidak kekok untuk menggunakan bahasa kebangsaan di pentas antarabangsa.

@chentohh_tde

eh sempat interview kat dalam court ehh😌tj jawab jer ape ii, bbg tak marah laa, ni kena tanya bbg nak jawab apa🤣 ni mesti da penat lawan kena jawab soalan plak😂#4upageシ #xybca #fypシ #hatersmakemefamous #chentoh

♬ original sound – chentohh🏸🍉🍉🍉 – chentohh🏸🍉🍉🍉

Tindakan ini dianggap sangat bijak kerana selain memartabatkan bahasa ibunda, penonton di stadium yang rata-ratanya warga Indonesia juga dapat memahami mesej mereka kerana faktor bahasa yang serumpun.

Rata-rata netizen memuji tindakan kedua-dua wira negara itu dan tidak kurang juga yang mengucapkan tahniah atas kejayaan mereka.

Cats 23

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.