Jikalau korang seorang yang rajin dan pandai mencari peluang dalam berniaga, tak kiralah perniagaan jenis servis ke atau menjual makanan serta barang, keuntungannya memang berganda-ganda.
Namun begitulah kata orang, dalam berniaga ini pasti ada cabaran dan dugaan yang kita perlu lalui dan antaranya ialah ditipu oleh pembeli.
Menerusi perkongsian seorang penjual mi kari, Roqaizah Abd Razak di Facebook, dia telah berkongsi pengalamannya dan suami ditipu oleh seorang pembeli yang memesan 10 paket mi kari jualannya.
“Percaya kat orang, orang buat lagu ni”
Menurut perkongsiannya, dia telah dihubungi oleh seorang pembeli yang mengatakan dia ingin memesan 10 paket mi kari buat anaknya dan rakan-rakan anaknya yang tinggal di sebuah hostel di Jawi.
Berasa gembira dengan pesanan tersebut, wanita yang juga dikenali sebagai Cikza ini menyiapkan order dan siap sanggup belikan dua botol air lagi demi untuk menunaikan permintaan pembeli tersebut.

Berikut antara perbualan WhatsApp antara kedua belah pihak…
Konon order untuk anak dan kawan-kawan anak
Pada awalnya pembeli itu menjelaskan dia ingin membeli untuk anaknya dan rakan-rakan anak yang tinggal di hostel.
Dia kemudian siap request lagi minta belikan dua buah botol air buat anak dan rakan-rakannya. Uish berani!


Suruh letak makanan di tempat guard saja tapi…
Namun apabila tiba di tempat menghantar pesanan, pembeli itu menyuruhnya meninggalkan makanan dan air di post guard dan mengatakan anaknya akan ambil pesanan tersebut nanti.
Tanpa berprasangka seller ini percaya dengan pembeli tersebut namun kemudian berasa pelik kerana masih tidak menjelaskan bayaran bagi makanan berkenaan yang bernilai RM68.00.

Lebih mengejutkan setelah diperiksa nombor tersebut menggunakan aplikasi True Caller, didapati bahawa ia adalah scammer. Alahai kesian peniaga!

“Kena umpan orang gini…”
Apa-apapun ramai di kalangan netizen meminta seller tersebut membuat laporan polis atau sekurang-kurangnya periksa CCTV di post guard terbabit.

Harap-harap scammer ni berhentilah daripada buat kerja terkutuk seperti ini lagi dan semoga seller ini dibalas dengan rezeki yang lebih baik.
Baca: Taktik Baru! Scammer Sekarang Guna Keputusan Swab Test Covid-19 Untuk Memperdaya Orang

