in

Taktik Baru! Scammer Sekarang Guna Keputusan Swab Test Covid-19 Untuk Memperdaya Orang

Ft Mesej Scam Tipu Swab Test

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mungkin pesanan ini perlu diajukan kepada ibu bapa dan rakan-rakan yang pernah buat ujian saringan kerana sekarang ini, scammer makin licik bahawa mereka akan cuba menipu orang dengan mengatakan bahawa keputusan ujian positif.


Difahamkan, akan ada pautan yang individu harus tekan sebagai umpan untuk menggodam telefon pintar yang kononnya wajib dibuat.

 

Tipu keputusan ujian saringan

Mesej Scam Tipu Swab Test

Lapor Sinar Harian, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Terengganu, Superintendan M Zambri Mahmud berkata, sindiket penipuan itu menerusi aplikasi WhatsApp.

Beliau berkata, isi kandungan mesej berkenaan kononnya memaklumkan kepada penerima bahawa keputusan hasil saringan Covid-19 dilakukan adalah positif dan perlu menekan pautan yang disertakan untuk maklum balas.

“Difahamkan sekiranya mangsa berbuat demikian seperti diarahkan, telefon pintar milik mereka akan digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab ini.

” Jadi, saya ingin mengingatkan kepada masyarakat terutamanya mereka yang tidak pernah melakukan swab test Covid-19 sama ada di klinik swasta mahupun di klinik kesihatan kerajaan agar tidak mudah panik dan tidak melayan apa jua arahan diberikan dalam mesej tersebut,”

Jelasnya lagi, setakat ini masih belum ada kes sedemikian dilaporkan, namun begitu beliau ingin menasihati awal-awal kepada orang ramai agar tidak mudah percaya dan tidak menekan mana-mana pautan diterima daripada nombor telefon yang meragukan bertujuan untuk berkongsi maklumat peribadi.

Malah, beliau juga mengingatkan orang ramai agar segera mengabaikan mesej-mesej atau panggilan yang diterima daripada individu tidak dikenali kerana ketika ini sindiket penipuan telah menggunakan pelbagai taktik untuk menjerat mangsa setiap hari.

 

Baca : PDRM Minta Orang Ramai Waspada Taktik Scam Guna Iklan ‘Jawatan Kosong’

Feature Image Online Scam Negeri Sembilan 1

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.