in

“Selepas penilaian psikiatrik” – Suspek Kes Pukul Kamal Adli Tak Dibenarkan Diikat Jamin

Pelaku Kamal Adli Tak Ikat Jamin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada bulan Mac lalu, pelakon terkenal Kamal Adli dipukul oleh seorang individu di Singapura sehingga menyebabkan kecederaan yang teruk dan telah dirawat di sebuah hospital di negara itu.

Terbaru, Mahkamah Singapura menetapkan suspek yang ditahan atas tuduhan memukul dan menyerang pelakon tersebut tidak dibenarkan diikat jamin.


Menurut Kosmo!, perkara tersebut diputuskan Hakim Daerah, Brenda Tan pada sebutan kes yang berlangsung semalam.

Cats 12

“Berdasarkan laporan Institut Kesihatan Mental (IMH), saya tidak membenarkan tertuduh diikat jamin. Kes ini ditangguhkan selama empat minggu pada 2 Mei depan,” katanya.

Difahamkan, kes tersebut juga telah dilanjutkan selama empat minggu untuk membolehkan pegawai penyiasat melengkapkan siasatan.

Sebelum ini, suspek berusia 33 tahun itu direman selama tiga minggu di IMH untuk pemerhatian psiakiatri.

Dia didakwa di Mahkamah Negeri pada 14 Mac atas pertuduhan disyaki terlibat dalam kes menyebabkan kecederaan dengan senjata berbahaya.

Mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan dia boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun, denda, rotan atau mana-mana gabungan hukuman itu.

Baca: Suspek Serang Kamal Adli Dilanjutkan Tempoh Reman Seminggu Untuk ‘Check’ Mental

Ft Reman Suspek Kamal Adli

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.