in

“Selangor tidak terlalu parah” – K’jaan Negeri Minta Pertimbang Semula PKP Penuh, Bimbang Jejas Ekonomi

Lockdown 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sidang media khas COVID 19 negeri Selangor telah diadakan hari ini oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam Negeri Selangor, Dr Siti Mariah dan Pengerusi Selangor Task Force COVID 19, Datuk Seri Dr Dzulkifli Ahmad yang membincangkan isu wabak tersebut di negeri itu.


Menerusi sidang media itu, mereka telah memaklumkan inisiatif yang diambil kerajaan negeri iaitu dengan membeli vaksin untuk mempercepatkan proses vaksinasi pekerja kilang di Selangor.

Malah menurutnya lagi, hanya 3.3 peratus penduduk Selangor sahaja yang kini sudah divaksinasi dan jumlah tersebut pula lebih rendah dari negari lain.

Malah keutamaan juga diminta diberikan kepada Kerajaan Selangor untuk divaksinasi supaya wabak COVID 19 dapat dikekang daripada merebak ke negeri lain.

Kami percaya kalau 80 peratus sudah divaksinasi kita berjaya memagar rakyat kita. Kita tahu bahawa yang duduk di luar negeri.

“Yang mana tercetusnya (COVID 19) dari negeri-negeri lain apabila rakyat Selangor kawasan zon merah balik ke negeri-negeri mereka. Kita perlu menumpu vaksinasi ini di negeri Selangor dan Kuala Lumpur,” kata Dr Siti Mariah.

 

Selangor bukan negeri paling parah terima jangkitan COVID 19 kerana… 

Menurut Dr Dzulkifli pula, negeri Selangor tidak boleh dikatakan negeri paling parah menerima jangkitan COVID 19 kerana penduduknya yang ramai dan kepesatan industri berbanding negeri lain.

Malah katanya lagi, PKP penuh di Selangor perlu dipertimbangkan juga kerana kes COVID 19 Selangor tidak terlalu parah jika mengikut data.

Malah PKP penuh juga bimbang bakal memberi impak besar kepada ekonomi negeri tersebut termasuklah kepada peniaga-peniaga kecil.

Angka tetap tinggi, lebih tinggi di Selangor.. Namun adakah hari ini kita terbeban seperti itu? Kami mohon ia dipertimbangkan Kerajaan Pusat,” kata Dr Dzulkifli.

Apa-apapun kebanyakan daripada netizen menjangkakan full lockdown bakal diumumkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) tidak lama lagi di Selangor berikutan peningkatan kes yang mendadak dan bimbang ia tidak mampu dikawal lagi.

Pun begitu, tiada apa-apa makluman yang dikeluarkan oleh pihak MKN berikutan isu PKP penuh tersebut yang sebelum ini pernah juga dicadangkan oleh KKM.

Jadi kita tunggu sajalah apa yang berlaku lepas ni. Harapnya yang terbaik buat rakyat Selangor.

Baca: “Kalau ini yang terbaik” – Kes Tak Surut-Surut, KKM Cadang PKP Penuh Di Selangor

Kkm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.