Gangguan air dekat Selangor dengan KL ni dah kira macam rutin tahunan.
Korang yang duduk dekat Selangor dengan KL ni mesti dah biasa kan kalau dapat berita macam ni? Setiap tahun lalui benda yang sama. Orang KL, Selangor je faham.
Difahamkan daerah Petaling, Klang dan Shah Alam akan hadapi gangguan bekalan air berjadual dalam tempoh 48 jam mulai 30 Mac nanti.
Bekalan air dilaporkan akan terganggu dari pukul 9 pagi sampai 9 malam setiap hari. Gangguan tersebut akan meliputi lima kawasan di Wilayah Petaling, 14 kawasan di Wilayah Klang, dan 11 kawasan di Wilayah Shah Alam.
Pengurusan Air Selangor jelaskan yang gangguan bekalan air ini terjadi disebabkan kerja-kerja pengalihan dan penyambungan paip baharu berdekatan kilang Carlsberg dekat Persiaran Selangor Seksyen 15, Shah Alam.
“Bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pada jam 9.00 pagi, 1 April 2021.”
6 April nanti akan bermula gangguan bekalan air satu lagi yang dijangka melibatkan 12 kawasan di Wilayah Gombak dan 46 kawasan di Wilayah Kuala Lumpur.
Gangguan bermula 6 April nanti pulak dijangka berlaku dalam tempoh 68 jam, bermula dari 9 pagi sampai 9 malam.
Gangguan bekalan air di KL ni pula disebabkan kerja-kerja penggantian paip dekat jajaran paip air mentah dari Empangan Klang Gates. So, disebabkan nak buat kerja gantian paip tu, mereka terpaksa tutup sementara Loji Rawatan Air Bukit Nanas dan Wangsa Maju.
“Bekalan air dijangka akan pulih sepenuhnya pada 9 April 2021, jam 5.00 pagi.”
Kalau korang nak tahu tempat korang terkena tempias gangguan bekalan air ni ke tak, korang boleh check dekat www.airselangor.com atau aplikasi Air Selangor Facebook, Instagram dan Twitter atau call je terus Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.
So, korang yang duduk dekat Selangor dan KL tu siap sedia la beli tong air besar-besar, letak kat rumah korang.
Sumber: mStar
Baca: 30 Tahun Tiada Bekalan Air Bersih, Warga Emas Menangis Luah Rasa Syukur