in

30 Tahun Tiada Bekalan Air Bersih, Warga Emas Menangis Luah Rasa Syukur

Cats 35

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seramai 150 penduduk Kampung Tok Puchong, Kota Bharu kini boleh menarik nafas lega apabila kawasan perkampungan mereka sudah dibekalkan dengan air bersih.


Selama lebih 30 tahun, penduduk kampung ini mengeluarkan perbelanjaan peribadi khusus untuk membeli air bersih buat kegunaan harian mereka.

Menerusi laporan Harian Metro, bekalan air bersih dari Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) telah mula disalurkan ke sembilan kediaman sebagai permulaan, dan akan disalurkan ke kediaman yang lain pada masa akan datang.

1 17

Menurut seorang penduduk Kampung Tok Puchong, Ismail Hamat, 67, dia telah menghabiskan separuh daripada usianya untuk mengangkut air daripada telaga tiub dan surau ke rumahnya untuk kegunaan keluarga.

3 15

Lebih memilukan, Ismail mendakwa dia terpaksa hidup selama lebih 30 tahun tanpa bekalan air bersih untuk menjaga dua anak istimewanya, Ahmad, 39, yang menghidap masalah mental dan tidak boleh bercakap sejak kecil, serta Suhaimi, 31, yang terlantar semenjak tiga tahun lalu akibat strok haba.

2 2 1

Ismail Hamat meluahkan rasa syukur kepada kumpulan aktivis masyarakat Cempaka Merah Asnaf Society yang membantu penduduk kampung dalam menyelesaikan masalah belakan air bersih ini.

Sebelum ini, rata-rata penduduk kampung menggunakan bekalan air yang terdapat di telaga tiub dan surau, namun airnya agak berbau, masin dan payau.

Kesan daripada air kotor itu, pinggan dan mangkuk ada yang berkarat, malah pakaian mereka juga menjadi kekuningan kerana dicuci menggunakan air daripada telaga tiub.

Sumber: Harian Metro

 

BACAIsu Air Bersih: Menteri Cadang Rakyat Kelantan Untuk Manfaatkan Air Hujan

Cats 34

Sumber: Harian Metro
Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.