in

“Selamba je tolak” – Netizen ‘Salute’ Tindakan Pantas Bekas Tentera Gagalkan Cubaan Remaja Merompak Guna Pistol

Rompakan Bersenjata

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini viral di internet dan beberapa laman sosial video seorang lelaki yang merupakan seorang bekas tentera marin Amerika Syarikat berjaya mematahkan cubaan satu rompakan bersenjata di sebuah stesen minyak.


Chevron Gas Station At Night E1634958829472

Lapor Yahoo!News, dalam satu kenyataannya, Pejabat Syerif Yuma mendedahkan, pihak mereka menerima satu laporan rompakan bersenjata berlaku di sebuah stesen minyak Chevron di Yuma, Arizona pada Rabu lalu.

Saksi kejadian memaklumkan bahawa rompakan terbabit dianggotai beberapa orang suspek dan salah seorang daripadanya bersenjatakan sepucuk pistol.

Bagaimanapun, menerusi rakaman litar tertutup (CCTV) rompakan terbabit tidak berhasil setelah seorang pelanggan stesen minyak terbabit berjaya menepis senjata berkenaan dan menahan salah seorang suspek sehingga polis tiba. Individu terbabit dikenali sebagai James Kilcer difahamkan merupakan bekas anggota tentera marin Amerika Syarikat.

Poster E1634958888839

Dua suspek lain dilaporkan melarikan diri dari lokasi kejadian sejurus selepas Kilcer menepis senjata. Pihak berkuasa kini berusaha mengesan mereka. Identiti suspek remaja yang berjaya ditahan pula tidak didedahkan.

Screen Shot 2021 10 21 At 3.56.12 Pm E1634958939881

Kilcer, dalam pada itu, berkata, dia berterima kasih kepada ilmu yang diperolehnya semasa berkhidmat sebagai tentera marin kerana berjaya membantunya dalam serangan terbabit.

Video terbabit telah dikongsikan di media sosial dan menerima pelbagai komen positif daripada netizen yang rata-ratanya memuji tindakan pantas Kilcer

Sumber: Yahoo!News

Baca: “Ingat ni drama Penthouse ke”- Latihan Tentera Disangka Bekas Kekasih Datang Ke Kenduri Kahwin Naik Helikopter

F3 Bk 1 E1634955586508

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.