in

“Ingat ni drama Penthouse ke”- Latihan Tentera Disangka Bekas Kekasih Datang Ke Kenduri Kahwin Naik Helikopter

F3 Bk 1 E1634955586508

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Melihat seseorang yang kita cintai mendirikan rumah tangga dengan orang lain memang sakit. Tapi, apa nak buat sebab jodoh dan maut tu ketentuan tuhan. Kalau ada yang sanggup dan berani pergi majlis perkahwinan bekas kekasih sebab dijemput, memang tabik la kat orang tu sebab dah move on.


Namun, kali ini, sebuah helikopter yang mendarat di sebuah kawasan lapang berdekatan dengan sebuah rumah yang kebetulan sedang menganjurkan majlis kenduri menjadi mangsa berita palsu apabila ada netizen yang mengatakan bekas kekasih pengantin yang datang ke majlis tersebut menaiki helikopter itu.

Bk 3

Namun, sebenarnya, pengangkutan udara itu bukan bawa mantan kekasih pengantin pun sebab menurut Kompas.com, helikopter terbabit sedang menjalani latihan ketenteraan pada ketika itu. Perkara ini telah disahkan sendiri oleh Ketua Bahagian Penerangan Angkatan Udara Tentera Nasional Indonesia bahawa helikopter itu adalah milik mereka.

Bk 2

Difahamkan, video itu telah dirakam ketika majlis itu berlangsung di wilayah Trenggalek, Jawa Timur, Indonesia baru-baru ini yang kemudiannya tular di media sosial.

Ada juga netizen Indo yang menyamakan situasi itu seperti adegan dalam drama Korea, The Penthouse. Tapi tak sama pun la dengan drama tu sebab helikopter yang mendarat di Indonesia tu bukanlah bawa bekas kekasih pengantin pun. 

Adoi, macam-macam hal betul sekarang ni. Walaupun kejadian ni kat Indonesia, tapi harapnya kita pun akan ambil iktibar dan pastikan berita yang kita sebarkan tu sahih dan benar. 

Sumber: Kompas.com

Baca: Viral TikTok Gadis Hantar Ex Pergi Nikah, Netizen Tegur Jaga Batas Takut Guris Hati Isteri Bekas Kekasih

Bk 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.