in

“Lelaki kena duduk, perempuan kena berdiri” – Individu Dikecam Sebab Kutuk Lelaki Duduk Dalam Koc Wanita, Ini Respon KTMB

Ktm11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang wanita dikecam gara-gara luah rasa tak puas hati yang dikongsikan di media sosial pasal lelaki conquer koc untuk wanita dalam KTM. Dia dihentam warganet gara-gara perkongsiannya itu rupanya satu salah tafsir.


Bahkan pihak KTMB sendiri dah tambil berikan respon.

 

This is what ‘no common sense’ means. LADIES COACH are definitely for LADIES. Please do something regarding this. Mostly seats are occupied by men, while kids and women have to stand up. WAKE UP HUMANS !”

Bila naik tren, memang dah jadi satu budaya bagi kita yang sihat dan bertenaga ini untuk berikan ruang kepada mereka yang dah berumur, sarat mengandung, OKU bahkan ibu yang bawa anak kecil.

Malah, kita semua sedia maklum KTM ada menyediakan satu koc khas untuk kaum wanita, dimana lelaki  tak boleh masuk dalam koc tersebut.

Itu sebablah netizen ini kongsikan di Twitter dengan menyifatkan lelaki yang duduk dalam koc wanita itu tak ada common sense sebab tubuh badan sihat tapi tak berikan peluang kepada kaum wanita duduk bahkan selamba duduk walhal ada dalam koc yang khusus untuk kaum hawa.

Difahamkan insiden itu  berlaku di negeri bahagian Utara. Perkongsian yang sepatutnya nak create awareness itu menerima tentangan hebat netizen.

Rupa-rupanya peraturan tentang koc wanita itu tidak diguna pakai di luar kawasan Lembah Klang, perkara ini dijelaskan sendiri oleh pihak KTMB setelah perkongsian itu viral.

Ktm
Sumber : twitter

Setelah dimaklumkan, wanita tersebut menjelaskan yang dia tak tahu pasal hal ini. Tapi dia tegaskan bahawa kaum lelaki sepatutnya ada common sense untuk berikan ruang kepada warga emas duduk disamping lelaki itu bersenang lenang dengan tujuan untuk mengukuhkan pendiriannya.

Ada netizen yang sokong pendapatnya dan ada juga yang mengecam wanita itu kerana sebelum ini wanita itu mengecam lelaki duduk koc wanita dan biarkan kaum wanita dan kanak-kanak berdiri, tapi bila dah dapat respon KTMB dia kata pasal warga emas pula.

 

Dah buat salah, cerita lain pula – Netizen

Ktm5

Ktm2 Ktm3 Ktm4

Ktm6 1

Hurm, mungkin dia lupa nak cakap masa nak post tu kot.

 

Baca : “Train Is Not Your Mosque” – Isu Solat Dalam KTM Jadi Bualan Netizen

Ktm7

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.