in

“Selama ni silap rupanya” – Kajian Dedah Nyamuk Tertarik Dengan Wangian Sitrus

Nyamuk Suka Wangian Apa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Untuk korang yang menghadapi masalah rumah banyak nyamuk atau sering menjadi ‘sasaran’ nyamuk bila keluar beramai-ramai, ini mungkin boleh membantu korang. 


Baru-baru ini, iScience telah melaporkan tentang kajian yang telah diterbitkan berkenaan hubungkait bau-bauan pada sabun dan tindakbalas nyamuk terhadap bau-bauan tersebut, sama ada mendekati atau menjauhi.

Menjelaskan lebih lanjut tentang kajian yang dijalankan, nyamuk akan tertarik kepada bauan kerana makanan mereka merupakan bunga yang berbau wangi. Disebabkan itu juga, pakaian yang dibasuh menggunakan pencuci yang ditambah pewangi akan menyebabkan ia menarik perhatian serangga-serangga termasuklah nyamuk.

Untitled Design 11

Pun begitu, perlu diingatkan bahawa bauan yang ada pada manusia adalah disebabkan campuran pelbagai bahan dan sesetengah daripadanya dihasilkan oleh tubuh badan sendiri dan ada juga yang dihasilkan oleh bakteria yang ada pada kulit.

Lebih menarik, kajian tersebut juga mendapati kombinasi antara bahan yang dihasilkan oleh tubuh badan manusia dan juga bakteria ini adalah unik kepada individu.

Para saintis mendedahkan ‘masalah’ yang menyebabkan nyamuk tertarik kepada manusia adalah kombinasi bauan yang dikeluarkan tubuh badan dan juga produk yang digunakan.

Pexels Ketut Subiyanto 4308205

Menurut Clement Vinauger,  seorang penolong profesor biokimia di Virginia Tech yang mengkaji genetik molekul tentang cara nyamuk memilih mangsanya, berkata apa yang penting ialah bagaimana bahan kimia dalam sabun bergabung dengan bahan kimia dalam individu itu.

Menerusi eksperimen yang dijalankan, empat produk yang mempunyai bauan tertentu telah dipilih  yang mana masing-masing mempunyai komposisi kimia dan bauan yang berbeza.

Menurut laporan, empat sukarelawan telah diberikan produk berlainan untuk digunakan semasa mandi dan kemudian penutup lengan jenis nilon telah diberikan untuk menutup bahagian lengan mereka.

Screenshot 6

Selepas satu jam, penutup lengan tersebut dibuka dan dicelupkan dengan produk yang mempunyai bauan tersebut sebelum diletakkan dalam cawan dan dimasukkan ke dalam bekas yang penuh dengan nyamuk.

Menerusi eksperimen ini, bauan yang membuatkan nyamuk tertarik akan dianggap paling menarik dan hasil kajian mendapati bauan sitrus yang biasanya digunakan untuk menghalau nyamuk sebaliknya menarik perhatian mereka.

Untuk keputusan wangian yang akan menjauhkan nyamuk pula adalah bauan kelapa! Namun, para saintis tidak dapat pastikan sama ada penyebab utama nyamuk tidak tertarik adalah bauan atau terdapat tindakbalas antara bauan dan bahan kimia semulajadi yang ada pada kulit manusia.

Namun, hasil kajian ini mendapati wangian yang berasaskan kelapa adalah produk yang mempunyai keputusan yang memuaskan.

Baca : “Macam CSI!” – Polis China Guna Darah Dari Nyamuk, Berjaya Selesaikan 4 Kes Rompakan Serentak

Nyamuk Darah

 

 

Sumber: Pexels
Sumber: iscience

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.