in

“Macam CSI!” – Polis China Guna Darah Dari Nyamuk, Berjaya Selesaikan 4 Kes Rompakan Serentak

Nyamuk Darah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejibik macam CSI!


Itulah ayat yang sesuai untuk menggambarkan bagaimana polis di daerah Fujian, China, berjaya menyelesaikan empat kes rompakan sekali gus hanya dengan menggunakan darah yang diperoleh daripada nyamuk yang sudah mati.

Global Times melaporkan, ketika sedang menyiasat kes rompakan yang berlaku di sebuah pangsapuri di Fuzhou, pihak berkuasa tempatan mengesyaki bahawa suspek telah tinggal selama satu malam di lokasi susulan penemuan beberapa cebisan mee dan kulit telur ditinggalkan di dapur.

Lebih meyakinkan teori ini, polis turut menemukan ubat nyamuk yang telah dibakar. Dua ekor nyamuk yang sudah penyek turut ditemui melekat pada dinding bersama titisan darah.

C3B01Dfa 79B1 460D Bf75 Bb205C1476B9 E1657956334214

Memutuskan untuk mengambil sampel DNA pada darah terbabit, polis akhirnya berjaya mengenal pasti suspek kes pecah rumah terbabit sebagai seorang lelaki yang mempunyai rekod jenayah lampau.

Hanya dikenali sebagai Chai, suspek diberkas 19 hari kemudian. Penahanannya juga berjaya menyelesaikan tiga kes rompakan lain.

Sumber: Global Times

Baca: Pelatih Juruterbang Meninggal Dunia Gara-gara Digigit Nyamuk Di Dahi

Collage 13 E1657955487350

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.