in

“Selama ni bayar kat isteri sendiri” – Dah 5 Bulan Kahwin, Baru Tahu ‘Owner’ Rumah Sewa Rupanya Isteri Sendiri

Page Suami

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas setiap pasangan mendirikan rumah tangga, sudah menjadi satu kewajipan dan keperluan untuk mencari rumah sebagai tempat tinggal bersama.


Tambah pula dengan keadaan negara yang berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini, membuatkan pasangan baru berkahwin sukar untuk mencari rumah yang sesuai. Hal ini kerana, komitmen hidup berpasangan sangatlah memerlukan perincian yang sangat teliti agar tidak tersalah rancang.

Ada satu cerita tersendiri yang dikongsikan melalui video viral di TikTok di akaun @aqim03, yang berkongsikan kisah tuan rumah kepada rumah yang didudukinya sekarang bersama isterinya. Pemilik akaun TikTok yang mesra dikenali sebagai Aqim, telahpun mendirikan rumah tangga selama lima bulan.

@aqim03

Kene game..!!! ??? #fyp #foryou #viral

♬ suara asli – ??????? – ??????•????™

Pasangan pengantin baru itu, telah berjaya menyewa rumah yang bersesuaian untuk mereka berdua. Namun begitu, tersimpan satu rahsia berkaitan rumah sewa mereka yang baru sahaja dapat diketahui baru-baru ini. Ternyata rumah yang diduduki mereka itu merupakan rumah milik isteri kepada Aqim.

Aqim memberitahu pada awal perkahwinan mereka, dia dan isteri telah merancang untuk duduk di rumah sewa sementara ingin menyusun keadaan kewangan mereka dengan baik. Susulan itu, isterinya berjaya mendapatkan rumah sewa tetapi hanya lima bulan selepas itu, baru dia tahu bahawa rumah itu kepunyaan isterinya. Isteri sendiri jadi tuan rumah rupanya!

Di bahagian komen video itu, ramai yang beranggapan bahawa isteri Aqim seorang yang bijak kerana tahu untuk menyimpan rahsia dengan baik dan mendapat sumber kewangan dari suaminya sendiri. Ada yang turut berseloroh mengatakan urusan antara mereka berdua kekal sebagai tuan rumah dan penyewa apabila berkaitan dengan rumah sewa.

Komen 1

Komen 2

Komen 3

Reaksi-reaksi mereka sesungguhnya menghiburkan dan juga mengujakan netizen kerana mereka sendiri tidak pernah terlintas untuk mempunyai idea yang begitu. Aqim juga mendapat pujian kerana tidak melenting apabila tahu tentang kebenarannya.

Wahh, semoga terus berbahagia tau korang! Yang tengah baca ni, agak-agak nak guna cara macam ni tak dengan partner korang?

Baca: “Makan-makan sambil rasa ombak” – Anggap Banjir Sebagai Rahmat, Kafe Di Thailand Viral Di Media Sosial

Untitled 1 1

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.