in

“Makan-makan sambil rasa ombak” – Anggap Banjir Sebagai Rahmat, Kafe Di Thailand Viral Di Media Sosial

Page Thai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau waktu-waktu macam ni, dapat keluar makan dengan yang tersayang kat restoran pun seronok juga. Tambah pula sambil menikmati aura alam sekitar tu kan? Fuhh, bayangkan je pun dah excited!


Menurut DNA India, terdapat satu kafe di Thailand, Chao Phraya Antique Cafe yang viral di media sosial kebelakangan ini disebabkan gambar-gambar yang menunjukkan pelanggan menikmati makanan mereka sambil dialun dengan arus ombak dari musibah banjir yang berlaku.

Pemilik kafe tersebut, Titiporn Jutimanon memberitahu walaupun perniagaannya mengalami sedikit kesukaran ketika pandemik Covid-19, dia mengambil musibah banjir sebagai satu punca pendapatan untuk perniagaannya kembali aktif.

Thailand

Seiring dengan banjir itu, arus sungai Chao Phraya yang semakin deras, sejak awal minggu ini, Titiporn menggunakan peluang dari kejadian banjir itu dengan baik, yang mana dia tetap membuka restoran untuk pelanggan menikmati arus ombak dari musibah banjir yang terjadi.

“Pelanggan sudah semestinya menyukai ombak” – Titiporn

Gambar dan video kafe itu menjadi viral selepas menampakkan pelanggan duduk di kerusi yang basah sambil menikmati hidangan mereka ketika arus ombak datang menyapa kaki mereka. Disebabkan musibah banjir itu, kira-kira 30 wilayah utara dan tengah dilanda banjir oleh sungai terkenal di Thailand.

999902 Thailand Cafe Flood Waters

Dilihatkan dalam video dan gambar yang dikongsikan dalam media sosial, pelanggan bersuka ria dan bergelak ketawa tanda kagum apabila kerusi mereka dilanggar arus ombak yang datang.

Wah, seronok betul dapat makan sambil feeling macam tepi pantai kan. Terus lapar perut min sambil menulis ni.

Baca: Wanita Viral Sebab Muka Iras Pemain 212 Squid Game, Sekali Dapat Perhatian ‘Tuan Badan’

Ft Player 212

Sumber: theguardian
Sumber: DNAIndia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.