in ,

Selalu Letih Walau Cukup Tidur Malam? Bahaya, Itu Tanda Kadar Gula Dalam Darah Tinggi!

kadar gula

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Macam mana nak tahu sekiranya badan penuh gula? Sebenarnya, ada beberapa tanda yang korang boleh perhatikan untuk tahu sekiranya kadar gula dalam darah sedang berada dalam tahap yang tinggi.

Kadangkala, kita sudah cuba untuk minimumkan pengambilan gula, namun kadar gula dalam darah tetap tinggi. Mengapa ya?


Menurut seorang jurulatih di laman TikTok, Coach Frida, kita mungkin tidak perasan apakah jumlah sebenar gula dalam makanan yang diambil setiap hari. Jadi, mudah untuk kita ‘terlebih’ mengambil gula dalam pemakanan harian.

@fridajeb Gula pun penyebab berat senang naik… . Jika anda nak belajar tentang ilmu diet tanpa perlu kira kalori dan mudah serta fleksibel. . Saya coach frida turun 17kg semasa BF anak. . Komen Nak dan Follow Tiktok Coach frida. . #mealprepkurus #dietgula #nosugardiet #tipsmakandiet #coachdiet ♬ Aesthetic – Tollan Kim

“Salah satu tanda gula lebih dalam badan ialah rasa keletihan yang amat sangat. Contohnya, anda selalu letih walaupun cukup tidur dan sudah rehat. Semasa saya di universiti dulu, saya selalu rasa perkara yang sama.

“Walaupun cukup rehat dan tidur, saya masih boleh tertidur dalam kelas,” katanya.

Artikel berkaitan: Kajian Dakwa Makan Nasi Putih Sama Teruk Dengan Makan Gula-gula?

Selalu alami masalah kulit

kadar gula

Tambah Coach Frida, tanda kedua yang menandakan kadar gula dalam badan tinggi ialah sering alami masalah kulit.

“Contohnya jerawat, kulit kusam, ada juga yang alami ‘skin tag’. Kalau kulit selalu bermasalah, hati-hatilah, ini juga tanda gula tinggi dalam darah,” katanya.

Artikel berkaitan: Paras gula naik sampai’ – Gemar Makan Benda Manis, Lelaki Dedah Adik Meninggal Kena Serangan Jantung

Berat badan naik mendadak

kadar gula

“Yang ketiga, berat badan naik secara mendadak. Apabila kita telebih gula, ia akan disimpan dalam badan sebagai glikogen yang boleh menampung air dalam badan.

“Sebab itulah berat badan naik mendadak. Selain itu, gula yang berlebihan tadi juga boleh disimpan sebagai lemak,” katanya.

Tanda terakhir ialah susah tidur malam. Tambah Coach Frida, orang yang banyak ambil gula selalunya ada lebihan tenaga pada waktu malam jadi mereka sukar untuk melelapkan mata.

Menurut pakar, orang dewasa memerlukan sekurang-kurangnya 8 jam tidur setiap hari. Bagaimanapun, sekiranya anda sering tidak mendapat tidur yang mencukupi, ada beberapa perubahan gaya hidup yang mungkin dapat membantu.

Contohnya, anda boleh:

  1. Cuba tidur pada waktu sama setiap hari
  2. Kekal aktif pada waktu siang
  3. Periksa ubat-ubatan yang diambil sekiranya ia boleh menyebabkan masalah tidur
  4. Jangan tidur siang
  5. Elakkan minuman berkafein
  6. Jangan makan terlalu banyak sebelum tidur
  7. Pastikan tempat tidur kemas dan selesa

Cuba periksa, adakah anda mempunyai tanda-tanda di atas? Jika ya, cuba ambil bacaan kadar gula dalam darah secepat mungkin!

Kredit: Coach Frida

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.