in

“Paras gula naik sampai 900” – Gemar Makan Benda Manis, Lelaki Dedah Adik Meninggal Kena Serangan Jantung

Adik Meninggal Manis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Air boba, pisang cheese perisa nutella, teh tarik madu, ais kepal milo dan macam-macam lagilah makanan viral zaman sekarang boleh dikatakan tak sah kalau tak berperisa manis.

Rasanya kebanyakan daripada kita pasti cakna akan bahaya makan makanan manis yang mana boleh menyumbang kepada penyakit seperti kencing manis, pun begitu masih ramai tidak endah akan bahaya tersebut.


662 242945090 572601123823226 6476701259076908494 N

Adik meninggal kena serangan jantung gara-gara paras gula mencanak naik? 

Menerusi perkongsian Twitter Yanto Kopleng, netizen dari Indonesia, dia menceritakan pengalaman sedihnya apabila adik lelaki kedua meninggal dunia sebulan lepas kerana diabetes.

Menurutnya, adiknya baru sahaja berusia 24 tahun dan sangat gemar makan apa-apa berperisa ‘jeruk peras (jeruk limau) dan jeruk nipis’ yang mana akan digantung pada tiang langsir.

https://twitter.com/txtdrpatriarki/status/1680372879408660481?s=46&t=qKDnyMbb8QOwWbw98BQjYg

Perkara itu ternyata membuatkan dia kecewa namun apa yang mengejutkannya ialah adiknya disahkan meninggalkan dunia selepas paras gula dikatakan mencecah 900 mg/dL yang mana telah menyebabkan ketidakstabilan kimia di dalam darahnya hingga mencetuskan serangan jantung.

Efek manis dan tenang gula itu boleh membunuh anda dengan serta merta,” tulisnya.

“Jangan fobia dengan benda manis tapi…” 

Yanto juga memberi nasihat agar netizen berjaga-jagalah dalam mengambil makanan yang mengandungi gula dan garam. Malah jangan juga jadi sepertinya yang fobia terhadap gula hingga terasa janggal jika memakan benda manis.

Tambahnya lagi, dia juga meminta netizen sedekahkan Al-Fatihah buat adiknya dan menegur mana-mana orang yang masih mengambil makanan manis tanpa berfikir akan kesannya pada masa akan datang.

Mereka perlukan bantuan kita. Bawa ke psikiatri, cegah makanan-makanan terlalu manis buat mereka dan dengarkan fasa depresi mereka kenapa mereka craving manis sampai begitu,” tambahnya lagi.

https://twitter.com/TxtdrPatriarki/status/1680389592137220097

Berpada-padalah ambil makanan manis. Sekarang pun kita dah tengok makin ramai orang muda kena diabetes, bukan sahaja orang tua tau kena penyakit ni. 

Baca: Pegawai Polis Muda Meninggal Dunia, Kena Serangan Jantung Ketika Bersenam

Jantung

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.