in

“Selalu dengar bunyi” – [VIDEO] Keluarga India Minta Bantuan Ustaz Lepas Kena Ganggu Makhluk Halus

Page Ustaz E1645323042390

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau kita bercerita mengenai gangguan makhluk halus, kebiasaannya kita akan dengar cerita-cerita dari orang Melayu. Tambah pula dengan gangguan-gangguan seperti bunyi-bunyi pelik ataupun jelmaan entiti tertentu.


Walau bagaimanapun, korang jangan pelik pula kalau ada keluarga bangsa selain Melayu yang turut diganggu. Seperti video yang dikongsikan oleh pengguna Twitter @mrcreepyposta, yang mana keluarga berbangsa India mendakwa telah diganggu makhluk halus yang dipercayai toyol.

Demi untuk merungkai masalah yang dihadapi, mereka sekeluarga membuat keputusan untuk memanggil seorang pengamal rawatan Islam iaitu Ustaz Syafiq Al-Ghubara ke rumah. Difahamkan juga, mereka telah memanggil beberapa para ustaz sebelum ini atas sebab yang sama.

Menerusi video yang dikongsikan, pemilik rumah menunjukkan kawasan dan bilik anaknya yang sering diganggu dengan bunyi-bunyi pelik seperti bunyi orang berlari dan juga bunyi mengilai.

“Ohh! saya rasa kat bilik ni… Bilik ni agak kuat sikit rasa dia” – Ustaz Syafiq Al-Ghubara

Kerap dengar bunyi ketawa dalam almari

Selepas mengenalpasti kawasan ‘keras’ di bahagian atas rumah keluarga itu, Ustaz tersebut segera meminta mereka menyediakan bahan-bahan untuk dijadikan sebagai pendinding di rumah. Antara bahan-bahannya adalah garam, lada hitam dan juga daun bidara.

Bagi garam dan juga lada hitam, ianya digunakan untuk ditaburkan di kawasan dalam rumah seperti penjuru, tepi katil dan perabot. Ini kerana mereka juga terdengar suara ketawa dari dalam almari tersebut.

Sembur air bacaan, mandi air bancuhan bidara

Sebaik sahaja selesai sesi membuat bacaan dan penaburan garam di seluruh rumah, Ustaz itu membuat perbincangan di ruang tamu bersama seisi keluarga itu, beliau memberitahu setiap langkah yang perlu dilakukan sebagai ikhtiar.

“Biarkan garam yang saya tabur tu selama tiga hari. Kalau kena kat katil ke atau tengah-tengah laluan, sapukan dia ke tepi-tepi dinding” – Ustaz Syafiq Al-Ghubara

Ujarnya, air yang telah dibaca dengan surah-surah Al-Quran perlu disembur keliling rumah untuk tujuh hari berturut-turut ketika senja lebih kurang sekitar 6:50 hingga 7:30 petang. Kata beliau lagi, mandian bancuhan daun bidara juga perlu dibuat tapi kali ini sebelum senja pula.

Min harap lepas ni tiada lagi gangguan yang akan datang… Diorang pun dah ikhtiar macam-macam cara. Untuk video penuh, korang boleh klik kat sini ya!

Baca: [VIDEO] Seram! Lelaki Kongsi Rakaman Waktu Kena ‘Kacau’Dengan Entiti Di Wad Hospital

Untitled 2 18

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.