in

[VIDEO] Seram! Lelaki Kongsi Rakaman Waktu Kena ‘Kacau’ Dengan Entiti Di Wad Hospital

Page Hantu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau korang tanya sesiapa yang pernah warded di hospital, pengalaman seram diorang kena kacau memang takkan lari dari mulut. Min pun banyak kali je tadah telinga kalau opah min bukak cerita seram dia…


Baru-baru ini tular di TikTok selepas seorang pengguna media sosial @mrwongtokmie, yang mana dia kongsikan video kejadian sebenar dirinya diganggu oleh makhluk halus di wad hospital sekitar jam 2 pagi.

@mrwongtokmie

Makcik Cleaner kot??KORANG agak?#seram #creepy #paranormal #smiemiezachannel

♬ original sound – Mr Wong – Mr Wong

Kejadian seram itu berlaku dalam bilik wad pemilik akaun TikTok itu dan hanya dirinya yang berada di situ walaupun bilik tersebut boleh menempatkan jumlah pesakit seramai tiga orang.

Tak lama lepas itu, kelihatan dalam video yang sama, entiti tersebut mula ‘main’ tarik langsir pesakit sebelah katil lelaki itu. Siap tarik kiri ke kanan pulak…

Selepas kena ‘usik’ dengan langsir itu, lelaki tersebut membuat keputusan untuk acah-acah tidur di katilnya. Di bahagian hujung video itu pula, kelihatan lembaga lelaki berpakaian serba putih tiba-tiba munculkan diri selepas lampu pula sekejap dibuka dan ditutup! Uish, betul ke ni?

“Baru paranormal namanya ni…”

Sementara itu, di bahagian komen rata-rata memuji tindakan lelaki itu kerana ianya baru dinamakan paranormal yang betul tanpa perlu membuat ugutan kepada entiti-entiti yang ada untuk munculkan diri semata-mata demi rakaman.

“Good idea camni. rajin2 rakam selalu. habis kantoi semua hantu masuk tiktok. Hahahaha” – Netizen

Bukan itu sahaja, malah ada yang mengatakan bahawa tidak semua mempunyai keberanian untuk berhadapan dengan situasi menyeramkan seperti itu tambah pula untuk dijadikan sebagai rakaman.

Tiktok Full 7

Betul-betul menyeramkan ni… Min pun tak berani nak tengok sorang-sorang… Pastikan basic bacaan agama kita kena betul-betul kuasai demi keselamatan diri sendiri juga.

Baca: “Apa yang bergolek tu?” – [VIDEO] Ramai Seram Tengok Kelibat Pelik ‘Bergolek’ Atas Jalan

Untitled 3 10

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.