Kita sedia maklum kan bahawa penyanyi tersohor antarabangsa Mariah Carey kini sedang berada di Malaysia sejak Ahad lalu lepas penyanyi lagu My All ini muat naik gambar di sosial media tengah berposing di belakang KLCC untuk menjayakan konsert pada malam ini.
Disebabkan itu, ramai netizen di Malaysia membanjiri komen di laman sosial miliknya, biasalah dah typical netizen kan? Mesti ada je yang nak usik orang. Lawak weh!
Kuala Lumpur adalah ibu kota Indonesia – Netizen
Dalam masa yang sama, isu hangat mengenai rakyat dari negara jiran, Indonesia mendakwa KLCC adalah milik mereka. Dari situ netizen jadikan isu terbabit sebagai bahan jenaka di FB Mariah Carey ini.
Alahai orang Malaysia ni, kalau tak ‘membawang’ memang tak sah! Tak kering gusi dibuatnya. Bukan itu sahaja tau, ada lagi komen-komen lain yang buatkan korang rasa mudah terhibur.
“Dear Mariah, Malaysian are really like to troll and membawang…”
“I belanja you keropok lekor…”
“Mari datang gerai ayam singgit saya esok…”
Aduhai! Ada-ada je lah korang ni,boleh baca banyak lagi komen pecah perut daripada netizen ni. Malaysia ni kalau bab membawang memang nombor satu!
Mariah Carey akan menjayakan konsert di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini. Jadi kepada sesiapa yang dah beli tiket untuk ke konsertnya nanti, selamat berhibur!
Baca : Ni Bukan Pelanduk Dua Serupa, Mariah Carey Memang Ada Kat Malaysia