in

Selain Mat Kilau, Ini 4 Pahlawan Tanah Melayu Lain Yang Mungkin Ramai Tak Kenal!

Pahlawan Tanah Melayu Selain Mat Kilau

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Generasi muda yang menonton filem Mat Kilau baru-baru ini di pawagam pastinya merasa terharu melihat pengorbanan orang dahulukala memperjuangkan kemerdekaan tanah air daripada penjajah.


Jdmatkilau Bhfield Image Socialmedia.var 1652842841

Tapi tahukah korang, selain Mat Kilau, kita ada ramai lagi pahlawan Tanah Melayu yang masih tidak diketahui ramai? Haa mungkin korang dah belajar atau ketahui nama-nama mereka ini masa dalam kelas Sejarah dulu, tapi mungkin dah lupa kan… 

Berikut admin senaraikan 4 pahlawan Tanah Melayu yang telah memperjuangkan kemerdekaan daripada penjajah:

1. Mat Lela

Mat Lela bin Buang berasal dari Kampung Luit, Maran, Pahang dan merupakan sahabat baik kepada Mat Kilau. Kedua-duanya seperti kita tahu mempunyai ilmu kepahlawanan yang hebat tetapi Mat Lela lebih gemar berahsia dan tidak suka menonjol.

Allahyarham

Menurut KuantanLoka, sewaktu zaman penjajahan Jepun 1941, orang-orang kampung telah melarikan diri ke dalam hutan untuk menyelamatkan diri, namun Mat Lela tidak berbuat demikian dan menentang Jepun seorang diri.

Pada ketika itu, tiada rumah mahupun kedai yang berjaya diselongkar Jepun kerana pergerakan mereka sering terhalang. Mereka juga tidak mampu menangkap Mat Lela kerana jasadnya pun tidak dapat dilihat di mana-mana. Dengan itu, ramai askar Jepun berjaya dicederakan dan mereka akhirnya berundur.

Mat Kilau

Mat Lela dilaporkan telah meninggal dunia pada tahun 1995 pada usia 118 tahun akibat sakit tua. Jasadnya dikebumikan di pusara Kampung Merchong, Nenasi, Pekan.

2. Tok Janggut 

Haji Mat Hassan bin Mat Munas atau lebih dikenali sebagai Tok Janggut ialah seorang ulama dan juga pahlawan Melayu yang sanggup menggadai nyawa demi melawan British.

Menurut Berita Harian, Tok Janggut yang dilahirkan pada 1853 dan berasal dari Kampung Jeram, Pasir Puteh ini adalah antara penentang British pada awal tahun 1900-an di Kelantan ketika berlakunya Perang Dunia Pertama antara 1914 hingga 1918.

Menerusi hasil kajian para sejarawan, Tok Janggut pada awalnya seorang ulama yang telah mendalami ilmu pondok sebelum ke Makkah. Di Makkah, beliau telah mempelajari ilmu agama sebelum Perang Dunia Pertama meletus.

71451479207 Freesize

Perjuangan Tok Janggut menentang penjajah bermula apabila pihak British mengambil alih pemerintahan Kelantan daripada Siam selepas Perjanjian Inggeris-Siam 1909 yang mana membawa kepada banyak perubahan seperti pengenalan kepada cukai.

Beliau dikatakan terbunuh semasa menentang pengenaan cukai oleh pihak British ini dan lebih menyayat hati apabila mayat beliau telah digantung beberapa hari untuk dipamerkan kepada umum sebelum ditanam di Seberang Sungai, Pasir Pekan.

3. Yamtuan Antah 

Yamtuan Antah ibni Almarhum Yamtuan Radin merupakan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-6. Beliau telah memerintah dari 1869 hingga Oktober 1888 dan telah memperjuangkan Negeri Sembilan daripada dijajah British pada tahun 1976.

Perjuangan beliau ini katanya bermula pada Mac 1872 apabila Datuk Kelana Sungai Ujong, Datuk Laksamana Syed Abdul Rahman membuat perjanjian membenarkan seorang Inggeris, Henry Velge membuka lombong bijih timah di Sungai Ujong (kini Seremban).

Tuanku Muhammad1

Bermula dari itu, British mula melebarkan sayapnya di Negeri Sembilan dan kemarahan orang Melayu makin meluap-luap apabila Datuk Kelana Syed Abdul Rahman dan Datuk Muda Linggi pergi ke Singapura untuk membuat perjanjian dengan wakil British, Andrew Clarke yang menawarkan Sungai Ujong di bawah perlindungan penjajah.

Tidak bersetuju dengan tindakan tersebut, Yamtuan Antah tidak mengiktiraf Datuk Kelana sebagai pemerintah Sungai Ujong dan sekaligus mencetuskan pertelingkahan hingga membawa kepada beberapa siri pertempuran dengan British.

Beliau yang terpaksa berundur ke Johor akhirnya dinasihatkan untuk berbaik dengan British. British kemudian melantik beliau menjadi Yamtuan Besar Seri Menanti sebelum beliau kemudian meninggal dunia pada 1888 dan dimakamkan di Seri Menanti.

4. Dato’ Dol Said 

Dato’ Abdul Said bin Omar atau dikenali sebagaI Dol Said merupakan penghulu Naning yang ke-9. Perang Naning yang berlaku pada tahun 1831 telah menjadikan beliau seorang pahlawan yang telah mengukir sejarah.

Berasal daripada suku Semelenggang, Dol Said mewarisi Penghulu Anjak sebagai Penghulu Naning pada tahun 1799 ketika berumur 26 tahun. Kemudian pada 1802, Kolonel Taylor telah melantik beliau menjadi Penghulu Naning dengan syarat beliau mesti menggunakan cap mohor syarikat Inggeris.

117673335 188842232598200 3856505060088150792 N

Sehingga campur tangan Koloner Faquhar pada 1807, Penghulu Naning dibenarkan mentadbir Naning termasuklah dalam urusan hukuman mati. Namun campur tangan kolonel itu menyebabkan kuasa hukuman mati diserahkan kepada kerajaan negeri.

Penentangan Dol Said terhadap Naning bermula dari tahun 1831-1832 disebabkan beberapa perkara seperti ingin mempertahankan kemerdekaan Naning (semasa Belanda menyerahkan Melaka kepada British, British mendakwa Naning sebahagian Melaka namun rakyat Naning menolak dakwaan itu), menentang pembayaran cukai dan perlaksanaan undang-undang British yang telah menggugat pengaruh dan kuasa Dol Said di Naning.

118097939 188842342598189 30921799428439233 N

Sepanjang setahun tempoh penentangan, telah berlaku dua peperangan yang mana salah satunya Dol Said berjaya mengalahkan British. Manakala bagi perang kedua pada 1832, Dol Said akhirnya menyerah diri kepada British. Beliau meninggal dunia pada 1849 dan disemadikan di Tanah Perkuburan Taboh Naning.

Terharu admin baca kisah-kisah pahlawan kita ini. Nak lagi tak? Kalau nak, admin boleh sambung part 2 pula kisah pahlawan yang lain. 

Baca: Lupakan Sekejap Wonder Woman, Ini 5 Pahlawan Wanita Zaman Dulu Yang Ramai Tak Tahu!

Pahlawan Wanita

Sumber: BH
Sumber: KuantanLoka
Sumber: KuantanLoka
Sumber: Astro AWANI
Sumber: Blog
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.