in

Lupakan Sekejap Wonder Woman, Ini 5 Pahlawan Wanita Zaman Dulu Yang Ramai Tak Tahu!

Fi Ww

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bercakap tentang Wonder Woman, semua orang boleh bayangkan betapa ‘warrior’nya dia sebagai seorang wanita dan seorang pahlawan. Selalunya, orang ramai lebih mengetahui cerita dan sejarah pahlawan lelaki berbanding pahlawan wanita.


Tapi sebenarnya ramai pahlawan wanita di seluruh dunia yang kita tak aware dan tak berapa dikenali. So, jom kita kenal 5 pahlawan wanita yang mungkin boleh sama-sama geng dengan Wonder Woman untuk jaga keamanan dunia gitchu…

Tomoe Gozen dan Onna-Bugeisha

Ww 1

Sebenarnya negara matahari terbit ini mempunyai beberapa samurai wanita hebat yang dikenali sebagai Onna-bugeisha.

Kumpulan Onna-bugeisha ini dikatakan sama hebatnya dengan anggota samurai lelaki kerana mereka dilatih menggunakan gerakan pertahanan dan serangan yang sama. Tetapi, mereka menggunakan senjata khas bernama Naginata yang direka khas sesuai dengan saiz mereka yang lebih kecil berbanding kaum lelaki.

Salah satu anggota Onna-bugeisha yang terkenal dikenali sebagai Tomoe Gozen. Pada abad ke-12, kehebatan dan ketangkasannya tidak ada tandingan. Dibayangkan, dia sangatlah cantik, pandai menunggang kuda, lincah mengendalikan pedang dan busur serta sangat berani dalam peperangan sehingga dia dikenali sebagai salah seorang pahlawan wanita terkenal dunia.

Joan Of Arc

Jean Arc

Walaupun tidak mempunyai asas dalam latihan ketenteraan, pahlawan wanita terkenal Perancis ini berjaya membuktikan kepahlawanannya dan mendapat kepercayaan daripada Putera Charles de Valois untuk mengetuai tentera Perancis dalam pertempuran.

Sejak usia muda, dia telah banyak menyertai dan mengetuai tentera Perancis dalam beberapa siri peperangan termasuklah Perang Seratus Tahun. Selama setahun penuh, dia memakai pakaian lelaki dan mengenakan potongan rambut yang pendek seperti lelaki serta berperang melawan pasukan Anglo-Burgundia.

Pun begitu, seawal usia 19 tahun Jean Of Arc telah terbunuh selepas ditangkap, dipenjarakan dan didakwa atas lebih daripada 70 jenayah. 20 tahun setelah kematiannya, namanya akhirnya dibersihkan daripada tuduhan dan pada tahun 1920, dia dianggap sebagai salah seorang pahlawan Perancis.

Scathach

Scathach

Pahlawan seterusnya ini merupakan seorang pahlawan daripada negara Ireland. Pahlawan yang namanya yang bermaksud ‘si bayang-bayang’ ini adalah seorang pahlawan wanita yang pastinya takkan ada yang berani nak main-main dengannya.

Dikatakan sesiapa yang ingin berguru dengannya dalam bidang pertempuran perlulah mencarinya di kubunya yang terletak di Isle of Skye kawasan barat laut Scotland. Mereka juga terpaksa meredah laut Ireland yang berbahaya dan bergelora untuk menemuinya.

Lagenda mengatakan bahawa selain daripada seorang pahlawan yang hebat dan ‘guru’ pahlawan lain, dia juga dikenali sebagai Dewi Orang Mati kerana tiada lagi yang boleh menandinginya dalam pertempuran.

Ratu Teuta 

Bust Of Teuta

Ratu Teuta yang terkenal dalam kalangan puak Illyria; yang kini dikenali sebagai Balkan Penninsula, merupakan isteri kepada Raja Agron, si peminum tegar yang menakutkan.

Disebabkan oleh kematian suaminya, Ratu Teuta ini mengambil alih pemerintahan lalu meneruskan agenda suaminya menakluki beberapa tanah jajahan termasuk Dyrrachium dan Phoenice.

Puak Illyria ini pada zaman tersebut sangat terkenal dengan tentera laut yang berkuasa dan armada lanun di bawah naungan Ratu Teuta tersebut sehingga mereka mempunyai konflik dengan kerajaan Rom pada zaman tersebut.

Grace O’Malley

Grainne Mhaol Ni Mhaille Statue

Grace O’Malley merupakan seorang ratu lanun yang sangat kerana menentang raja hampir empat dekad lamanya! Pahlawan yang dilahirkan di Ireland pada tahun 1530 ini telah mengetuai klan peninggalan bapanya serta mahir dalam bidang politik dan membentuk pakatan.

‘Ratu lanun’ ini terkenal di Ireland dengan kisah keberanian dan kemahiran pelayarannya. Pada kemuncak pemerintahannya, O’Malley mempunyai jumlah kapal yang tak terkira dan beratus-ratus armada lelaki di bawah naungannya.

Kalau korang nak tahu lebih detail tentang pahlawan wanita yang min cerita ni dan ada lagi banyak pahlawan lain, korang boleh klik link di sini

Baca: 7 Orang Pelakon Ini Rupanya Hampir Pegang Watak Utama Dalam Siri Filem Marvel. Nombor 7 Paling Tak Sangka!

Baca Ww

Sumber: wikipedia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.