in

“Selagi takde vaksin memang payah” – 51 Bekas Pesakit Covid-19 Di Korea Selatan Kembali Positif, Virus Boleh Aktif Balik

Feature 1 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walaupun anda yang pernah dijangkiti Coronavirus telah disahkan negatif dan bebas daripada penyakit itu, admin sarankan anda tetap kena kuarantinkan diri selepas keluar dari hospital.

Ini kerana menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (CDC), 51 bekas pesakit Covid-19 di negara itu kembali positif selepas diuji setelah tempoh kuarantin, lapor Berita Harian.


Korea

Perkara ini boleh berlaku dalam dua cara sama ada virus itu kembali aktif atau mereka dijangkiti semula. So, korang memang kena ambil langkah-langkah precaution dengan berhati-hati. 

Jeong Eun-kyeong, Ketua Pengarah CDC berkata ada banyak kes di mana pesakit yang telah diuji negatif menunjukkan keputusan positif setelah diuji semula pada keesokan harinya. Dahsyat betul virus ni. 

Korea 1

Selain itu, di China juga kejadian yang sama turut berlaku. Ada pesakit yang kembali positif setelah ujian dilakukan semula. Malah, ada laporan yang mengatakan ada sesetengah bekas pesakit yang meninggal dunia selepas meninggalkan hospital setelah disahkan sembuh oleh doktor.

Korea 3

Punca kejadian terbabit masih belum dapat dipastikan namun ada juga yang percaya mungkin hasil ujian yang tidak konsisten boleh jadi penyebabnya.

Sama-sama kita doakan agar vaksin Covid-19 akan segera ditemui. 

 

Baca: “Masih berpotensi” – KKM Jelaksan Individu Disahkan Negatif Covid-19 Boleh Jadi Positif Kalau…

Corona

Sumber: The Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.