in

“Masih berpotensi” – KKM Jelaskan Individu Disahkan Negatif Covid-19 Boleh Jadi Positif Kalau…

Cv

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jika ada individu yang sudah menjalani ujian saringan Covid-19 dan sudah disahkan negatif, jangan terlalu yakin untuk melakukan sesuatu perkara sesuka hati.


Ini kerana, menurut Harian Metro, Pakar Perubatan Keluarga Kementerian Kesihatan (KKM) Dr Zienna Zufida Zainol Rashid menjelaskan bahawa individu yang menjalani ujian saringan kesihatan dan pengesanan Covid-19 dan disahkan negatif bukan bermakna mereka ‘negatif’ kepada wabak itu selama-lamanya

 

Sekali ujian tidak bermakna dia negatif selama-lamanya”

Katanya lagi, jika mereka disahkan negatif, namun masih terdedah dengan situasi berisiko untuk terkena wabak Covid-19, individu berkenaan masih boleh dijangkiti.

“Pada masa dia disahkan negatif itu, selepas tarikh tersebut jika dia masih terdedah kepada risiko seperti jumpa pesakit Covid-19 atau pergi perhimpunan ramai yang mana disahkan terdapat pesakit Covid-19… dalam situasi itu dia boleh mendapat semula (jangkitan).”

Maksudnya sekali ujian tidak bermakna dia negatif selama-lamanya, jadi adalah amat penting untuk kita semua amalkan langkah pencegahan seperti kerap membasuh tangan, jaga jarak sosial dan duduk di rumah untuk bendung penularan wabak ini dan mampu memutuskankan rantaian jangkitan Covid-19.

Sebelum ini ada dakwaan viral mengatakan vitamin C boleh cegah Covid-19 itu di tepis olehnya, kata Zienna Zufida setakat ini tiada kajian yang boleh membuktikan perkara itu.

Secara amnya vitamin C boleh dimakan untuk tambahan zat makanan tapi bukan untuk mencegah Covid-19. Itu tiada apa-apa bukti kajian” 

 

Baca : “Doakan aku negatif” – Lelaki Terlibat Perhimpunan Tabligh Usaha Untuk Lakukan Saringan COVID-19, Ajak Rakan Yang Bergejala Ikut Serta

Tbligh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.