Seperti yang ramai sedia maklum, isu wabak COVID 19 dan kesan jangka panjang bagi mereka yang pernah menghidapinya adalah perkara yang wajib untuk kita semua tahu.
Sudah menjadi tanggungjawab Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga sentiasa memberi info yang tepat mengenai wabak ini termasuklah mengenai gejala Long COVID yang dihidapi oleh hampir semua pesakit yang pernah dijangkiti wabak ini.
Bagi yang belum maklum mengenai Long COVID, ia merupakan keadaan di mana bekas pesakit COVID 19 masih menunjukkan tanda-tanda dan gejala-gejala selepas jangkitan COVID 19.
Menerusi satu perkongsian KKM di Facebook, terdapat dua tempoh bagi Long COVID iaitu ‘Ongoing Symptomatic COVID 19’ yang mana gejala jangkitan akan berlarutan sehingga tempoh 4 hingga 12 minggu dan ‘Post COVID 19 Syndrome’ yang mana gejala jangkitan melepasi 12 minggu dan tak dapat dijelaskan oleh sebarang diagnosis lain.
https://www.facebook.com/100064560379224/posts/252216830273661/?d=n
Posting itu juga pada masa yang sama mendedahkan jumlah pesakit yang menghidap Long COVID selepas sembuh wabak itu dan inisiatif yang dilakukan KKM dalam membantu pesakit.
“Selagi boleh gelakkan info tentang Long COVID, gelaklah”
Walau bagaimanapun, agak mengejutkan apabila dilihat di ruang emoji bagi posting berkenaan, ia telah menerima ratusan emoji ketawa daripada netizen.
Malah di ruang komen, ada segelintir netizen bagaikan tidak percaya dengan info yang dikeluarkan KKM.
Berasa kurang senang dan tidak faham mengapa masih ramai yang menganggap COVID 19 sebagai satu penyakit yang tidak merbahaya, bekas pesakit wabak ini yang mengalami Long COVID memberi komen pengalaman mereka menghadapi penyakit itu.
Malah ramai juga yang mengatakan kehidupan mereka sudah tidak sama seperti sebelum menghidap COVID 19.
Apa-apapun diharapkan mereka yang menghidap gejala Long COVID ini cepat sembuh dan dapat semula kehidupan mereka seperti sebelum dijangkiti penyakit ini. Be strong ya!
Baca: Gejala ‘Long COVID’, Bekas Pesakit Alami Simptom Berpanjangan Hingga 4 Minggu