in

Seksaan Tanpa Sentuhan Fizikal, White Torture Antara Hukuman Terkejam Dunia Sebab…

Ft White Room E1626577732628

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Warna sering dikaitkan dengan kreativiti atau cara untuk mengekspresikan diri.


Warna juga menjadi simbol kepada mood, atau pendirian seseorang.

Tapi pernah terfikir tak yang warna mempunyai fungsi untuk menghukum seseorang.

Ya, seperti denda, dan hukuman, warna mampu memberi kesan yang sama.

Cuma, warna yang dikaitkan dengan hukuman ini bukanlah  merah dan hitam, tetapi putih. White Torture atau White Room merujuk kepada bilik hukuman yang ‘dihias’ serba putih bagi menghukum pesalah.

Daripada dinding, katil, cadar, lantai, baju, senang cerita tiada warna lain selain putih.

Tapi bukan putih warna ketenangan ke? Macam mana boleh torture?

Kekejaman White Room

White Room memberi kesan kepada individu daripada segi psikologi.

Kaedah ini sebenarnya telah lama digunakan, namun hukuman ini semakin popular penggunaannya di negara Iran.

Pesalah disarungkan pakaian serba putih, dan ditempatkan di dalam bilik yang serba putih serta kalis bunyi.

Bukan setakat tu je, makanan yang disajikan adalah nasi putih.

Errghh tak ada lauk ke?

Selain tu, pesalah juga diasingkan daripada banduan yang lain dan tidak dibenarkan bercakap dengan sesiapa pun.

 

Capture 1

Bayangkan dah la pemandangan dah terhad, interaksi dengan orang pun sama. Memang seksalah.

Kalau nak pergi tandas sekalipun, mereka tak dibenarkan untuk bercakap.

Pesalah hanya boleh selitkan kertas dari bawah pintu untuk bagi sign kepada pengawal.

Tapak kasut pengawal pon tak boleh dengar.

Dorang dah balut siap-siap bagi elakkan sebarang bunyi.

Kesan Psikologi Yang Mendalam

Walaupun nampak macam biasa je,  tapi kesan White Room kepada pesalah amatlah kejam.

Walaupun tanpa sebarang pukulan dan tumbukan, White Room telah menyeksa emosi dan mental pesalah.

Actually tujuan utama hukuman ini adalah hanya sekadar untuk menakut-nakutkan pesalah namun kesannya jelas jauh lebih mendalam.

Pesalah mula hilang identiti selain tidak dapat mengenali ahli keluarganya serta dirinya sendiri. Hukuman ini turut mewujudkan ketakutan terhadap warna putih.

Kekejaman hukuman ini juga menyebabkan pesalah hilang keupayaan derianya.

Pengalaman Yang Mengerikan

Amir Farkhravar seorang wartawan yang didakwa atas kesalahan mempersoalkan rejim Iran menceritakan pengalamannya ‘diseksa’ di White Room.

Sungguhpun insiden itu berlaku pada 2004, namun pengalaman 8 bulan tidak dapat dilupakan.

Saya berada di sana selama lapan bulan, dan selama saya disana, saya tidak ingat wajah ibu dan bapa saya. Dan apabila saya telah dibebaskan dari penjara, saya bukan lagi normal seperti dahulu –Farkhravar  

 

Capture 1 1

Walaupan kaedah ini dianggap kejam, tapi apa yang lebih mengejutkan ialah apabila beberapa negara di dunia turut menggunakan kaedah yang sama antaranya, Ireland, Amerika Syarikat dan Venezuela.

Kenapa agaknya negara-negara tersebut membolehkan hukuman ni…

White Room dianggap sebagai bentuk kekejaman yang melampau kerana seksaan yang dialami oleh pesalah akan berterusan dan kebarangkalian untuk pesalah kembali normal adalah tiada.

Walaupun dengan bantuan psikitrik, untuk memulihkan kesihatan psikologi kepada bekas ‘penginap’  White Room sepenuhnya adalah mustahil.

Min harap hukuman ni tak ada lah di negara kita, sebab kita nak bantu pesalah bukan seksa mereka kan…

Sumber unbelieveablefacts

 

Baca : Jawablah kau kat akhirat nanti KEJAM! Video Viral Kucing Dibakar Hidup-Hidup Buat Netizen Bengang

 

Capture 2 4

Sumber: Youtube

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.