in

“Jawablah kau kat akhirat nanti” – KEJAM! Video Viral Kucing Dibakar Hidup-Hidup Buat Netizen Bengang

Untitled Design 1 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak akhir-akhir ini kekejaman terhadap haiwan semakin menjadi-jadi. Belum pun hilang geram netizen tentang isu kucing dibunuh dalam mesin basuh di dobi kini tular pula rakaman kucing dibakar secara hidup-hidup.


Menerusi satu perkongsian di halaman Facebook, viral rakaman seekor kucing telah dibakar hidup-hidup dengan kejam dan zalim oleh individu yang tidak dapat dikenal pasti.

2 5 1

3 5 1

4 1

Video kejadian yang turut dikongsikan oleh halaman Facebook berkenaan juga tular di media sosial. Rakaman tersebut telah membangkitkan kemarahan orang ramai terutamanya dalam golongan netizen yang menonton rakaman tersebut.

6 1

Menurut Animal Malaysia, kucing tersebut telah dicurahkan dengan minyak api dan dibakar menggunakan pemetik api. Mereka kini sedang giat mengumpul maklumat terhadap insiden terbabit dan turut menawarkan ganjaran jika mana-mana individu atau kumpulan yang boleh mengesahkan kelakuan kejam terhadap anak kucing terbabit.

Walaupun begitu, tidak dapat dipastikan sama ada insiden tersebut berlaku di negara ini atau pun tidak.

Persatuan Haiwan Malaysia turut merayu supaya si pelaku dikenakan hukaman yang berat jika ia dapat diberkas dan kejadian ini berlaku di dalam negara ini.

“Animal Malaysia merayu supaya bekalkan maklumat lengkap dengan laporan polis sehingga pelaku ini berjaya ditangkap, didakwa di mahkamah dan dijatuhi hukuman maksimum atas kezaliman membunuh anak kucing tidak berdosa ini jika benar kejadian di negara ini dan pelaku berada di Malaysia”

Min harap si pelaku dapat terima balasan yang setimpal atas perbuatan kejamnya itu.

Baca: Kucing Antara Yang Terkorban Ekoran Banjir Kilat Di Kajang Dan Hulu Langat

Wq

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.