in

“Sekolah taknak, ‘picnic’ nak pula” – Michael Ang ‘Naik Angin’ Dengan Sikap Ibu Bapa Yang Tak Endah SOP?

Ft Ang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pengarah filem tempatan, Michael Ang meluahkan rasa marah dan kesal dengan sikap sesetengah ibu bapa yang endah tak endah dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dikuatkuasakan oleh kerajaan.


Perkara itu dikongsikannya dalam posting di akaun Instagram miliknya sempena Hari Malaysia semalam.

Tak faham mentaliti sesetengah rakyat M’sian!

Katanya segelintir ibu bapa takut untuk anak-anak mereka pergi ke sekolah tapi bila kerajaan dah bagi kelonggaran, mereka boleh pula bawa anak-anak pergi berkelah, pergi air terjun dan holiday.

Bila sekolah nak bukak ibu bapa bising pasal tu and ni pasal keselamatan anak.

Bila KERAJAAN bagi kelonggaran kau org boleh pulak bawa anak2 kau org pergi air terjun, holiday n picnic berpusu2 tak takut pulak pasal anak2 kau org!”

Malah dia juga meluahkan rasa kecewanya kerana ada individu yang tidak bertanggungjawab mengotorkan kawasan rekreasi dengan sampah sarap di merata-rata tempat.

And satu lagi, tempat awam bukan tong sampah kau org, Jgn la jadi sampah masyarakat ya!

Nak berpicnic boleh tapi buang la sampah dekat tempat yang disediakan.

Baca: “Dont be rude” – Alif Satar Sound Netizen Cakap Isteri Buat Muncung Duck Face Tak Lawa

Alip E1631848440620

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.