in

“Don’t be rude.” – Alif Satar ‘Sound’ Netizen Cakap Isteri Buat Muncung ‘Duck Face’ Tak Lawa

Collage 31

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bak kata pepatah lama, bercakap siang pandang-pandang, bercakap malam dengar-dengar. Hanya kerana kita boleh bercakap, tak semestinya kita boleh main cakap je sampai mengguris hati orang lain.


Macam baru-baru ini, Alif Satar ada memuat naik gambarnya bersama isteri Shadila Halid di Instagram peribadinya.

Menurut penyanyi ini, selepas dah lama tak melakukan aktiviti sukan di luar rumah, tona kulitnya sekarang dah hampir cerah macam isterinya.

Bila dah lama tak bike&run Putrajaya- KLIA ni,tona warna kulit iolls dah sama macam isteri.. caner ni?”

“Don’t be rude”

Rata-rata netizen yang memberikan komen pada posting Alif ini memuji pasangan yang dilihat sama cantik dan sama padan ini namun ada satu komen telah menarik perhatian ramai termasuk artis serba boleh ini sendiri.

Seorang netizen telah bertindak untuk menegur isteri Alif yang membuat aksi muncung itik dengan mengatakan tindakan tersebut buatkan Shadila jadi tak lawa. Hamboiiiii

Img 5063 1

Suami mana yang tak melenting bila ada orang mengatakan isteri kesayangan tak lawa? Lebih-lebih lagi orang yang cakap tu stranger.

Ekoran ini, Alif telah membalas komen tersebut dengan jawapan ringkas meminta agar netizen tersebut untuk tak bersikap biadap.

Malah, rata-rata netizen lain turut menegur tindakan individu tersebut yang selamba mengutuk rupa paras orang lain.

Screenshot 2021 09 15 At 12.10.44 Pm Down

Ketika artikel ini ditulis, wanita tersebut telah pun memadamkan komen pedasnya itu.

Betul tu, kalau tak ada benda baik nak cakap baik tak payah cakap. Kita kenalah berhati-hati sebelum komen sesuatu jangan sampai buatkan orang lain marah atau kecil hati.

 

Baca: “Allah makbulkan doa kalian” – Alif Satar Bersyukur Isteri & Anak-anak Bebas Covid-19

Screenshot 2021 09 15 At 12.17.59 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.