in

Sejarah Perang Dunia Kedua, Ini 7 Wira Yang Terkorban Pada 15 Februari 1942

Ft Perang Dunia Kedua

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mungkin ramai yang tidak tahu, hari ini dalam sejarah akan menjentik ingatan kita kepada 81 tahun yang lepas, 15 Februari 1942 di mana tercetusnya Perang Dunia Kedua. Ini juga adalah waktu yang sesuai untuk kita mengenang jasa-jasa wira negara yang terkorban semasa mempertahankan benteng keselamatan Tanah Melayu.


Tentera Jepun berjaya tawan Persekutuan Tanah Melayu

Tentera Jepun Masuk Ke Malaya Menggunakan Basikal 982

Kira-kira 81 tahun yang lalu, telah tercetusnya Perang Dunia Kedua (PD Ke-2) apabila Persekutuan Tanah Melayu telah berjaya ditawan oleh tentera Jepun di bawah pimpinan Jeneral Tomoyuki Yamashita.

Setelah mereka berjaya menawan Kolam Air di tengah-tengah Pulau Singapura, Jeneral Percival selaku Pegawai Pemerintah Inggeris telah menyerah diri kepada pihak Jepun tanpa sebarang syarat.

Pihak Jepun telah melancarkan serangan ke atas Tanah Melayu bermula pada 8 Disember 1941 di Kota Bharu, Kelantan.  Difahamkan seramai 150 ribu orang tentera Jepun telah dikerah dalam serangan ke atas Tanah Melayu. Ini adalah satu angkatan perang yang cukup kuat dan diatur dengan teliti demi mencapai kemenangan.

Oleh itu, dengan kejayaan tentera Jepun menawan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1942, maka berakhirlah kuasa pemerintahan Inggeris di Tanah Melayu buat seketika waktu.

Tentera British 2 9Th Ketika Latihan Senapang Gurkha Di Hutan Malaya Oktober 1941

Namun, Rejimen Askar Melayu masa itu tidak mengalah dengan mudah kerana sejarah menunjukkan bahawa mereka telah berjuang demi mempertahankan negara.

Terdapat kira-kira 3,000 tentera sukarela berbangsa Eropah dan 7,000 tentera sukarela anak tempatan yang merupakan pelopor kepada pembentukan Rejimen Askar Wataniah sekarang. Mereka dilatih dan ditugaskan berjuang di bawah perintah rejimen British, India dan Australia.

Gugur di medan perang

Berdasarkan laporan  yang dilakukan oleh Utusan Malaysia, telah disahkan tujuh orang wira Melayu gugur di medan perang pada tarikh hari ini semasa menjaga benteng negara. Korporal Napi bin Ahmad terbunuh akibat tembakan meriam katak ketika mempertahankan Jambatan Sungai Muar di Buloh Kasap.

Prebet Ismail bin Mat dilaporkan terbunuh dalam pertempuran di Pasir Panjang, Singapura. Prebet Sulong bin Sudin pula dipercayai adalah salah seorang anggota pancaragam dan berperanan sebagai pengusung stretcher pada hari-hari terakhir pasukan Rejimen Melayu beroperasi di Singapura.

10968364 871038219585862 5341641241077507119 N

Menurut sumber, kajian turut mengesahkan tiga lagi tentera Melayu yang tersenarai adalah anggota Pasukan Sukarela Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (FMSVF) dari Batalion 2 Selangor. Dipercayai bahawa Zakaria bin Mat Yuda juga adalah anggota sukarela FMSVF, namun maklumat mengenai Abdul Rani bin Malhmudin dan Busu bin Kussin pula gagal diperoleh.

Platun 14, 2 FMSVF telah bergerak keluar dari Klang menuju ke Bukit Raja Estate di mana telah berlaku sebuah pertempuran. Ketika mereka berundur menuju ke Batu Tiga, konvoi trak mereka diserang hendap dan beberapa anggota telah tercedera termasuklah Sarjan Idrus.

Leftenan II Wickens turut bercerita mengenai ketabahan tentera-tentera yang tercedera serta respons pasukannya apabila ditanya mengenai keadaan mereka yang berada di belakang trak.  Sarjan Idrus bin Mohd Yunus yang cedera parah ditembak di dada, akhirnya meninggal dunia di dalam trak dan dikebumikan di Tanah Wakaf Hospital Seremban.

Kempen Malaya Perang Dunia Kedua 180

Oleh itu sebagai rakyat Malaysia, 15 Februari 2023 ini adalah masa yang terbaik untuk memperingati dan mengimbau kembali jasa dan pengorbanan pejuang dan wira ini yang bertungkus lumus mempertahankan Tanah Melayu serta mengabadikan nama-nama mereka di plak peringatan di Kuala Selangor suatu masa dahulu.

Sekadar info tambahan, tanggal 14 Februari juga merupakan tarikh gugurnya seorang Pegawai Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD),  bernama Leftenan Adnan bin Saidi dalam pertempurannya di Bukit Chandu, Singapura pada tahun 1942.

Sumber: Utusan Malaysia, Malaysiapost, Portal Rasmi (Tentera Darat Malaysia), Iluminasi, MalaysiaNow

Baca : Suka Filem Perang? Ini ‘Movie’ Perang Dunia Ke-2 Ikut Kronologi (1939 – 1945) Korang Patut Tonton!

Pagea 561X295 1

Sumber: iluminasi
Sumber: iluminasi
Sumber: Utusan
Sumber: iluminasi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.