in

Sejarah 1972 Berulang: PAS Pernah Bergabung Dengan UMNO Untuk Bentuk Kerajaan Persekutuan?

Pas Kerajaan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan pada Ahad lalu telah memberi laluan kepada Perikatan Nasional yang terdiri daripada parti Barisan Nasional, Parti Pribumi Bersatu (PPBM), Gagasan Sejahtera dan Gabungan Bersatu Sabah (GBS) untuk memerintah semenjak 1 Mac 2020 lalu.


Seperti semua maklum, PAS telah bergabung dengan UMNO terlebih dahulu sebagai Muafakat Nasional sebelum mereka kemudian bergabung dengan parti lain membentuk Perikatan Nasional yang kini memerintah kerajaan Malaysia.

4E66F0Dc 3Be3 484B 8648 E054172C1781

 

PAS bergabung dengan UMNO, tapi ini bukan kali pertama? 

Bagi remaja BBNU ataupun mereka yang tidak begitu cakna dengan perubahan politik di Malaysia, selama mana kita tahu, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sentiasa dilihat sebagai sebuah parti pembangkang.

Diasaskan pada 24 November 1951, PAS ialah sebuah parti politik Melayu yang berteraskan Islam dan telah memerintah Kelantan semenjak 30 tahun yang lalu. Lama tu! 

Tapi tahukah korang, sebenarnya PAS dahulu pernah bergabung dengan UMNO pada 1972 dan membentuk kerajaan? Haa terkejut kan… maknanya ini bukan kali pertama lah PAS jadi kerajaan persekutuan! 

Giphy

Menurut Wikipedia, PAS sebenarnya pertama kali join UMNO pada Januari 1972, selepas Dato’ Asri Muda iaitu Presiden PAS pada ketika tu membuat rundingan dengan UMNO dan menyertai Perikatan. 

Dato Asri
Dato’ asri muda

Selepas dua dekad menjadi pembangkang, tindakan ‘kontroversi’ PAS ni membuatkan beberapa ahli dan pemimpIn kanan meninggalkan parti tersebut. Sebab utama Asri bergabung dengan UMNO dalam kerajaan campuran ialah kerana tragedi 1969.

Baginya perpaduan Melayu tu penting dan ia memerlukan kerjasama antara dua parti politik etnik Melayu.

Apa yang menariknya PAS pada ketika itu mempunyai 12 orang ahli Parlimen yang masuk kerajaan persekutuan bagi menstabilkan suasana politik negara yang terancam akibat rusuhan 13 Mei 1969.

 

PAS bersaing di bawah bendera BN pada Pilihan Raya 1974

Pada Pilihan Raya 1974, PAS pertama kali bersaing di bawah bendera Barisan Nasional untuk kali yang pertama. Parti tersebut memenangi 14 kerusi parlimen yang mengukuhkan lagi kedudukan PAS sebagai junior rakan sekutu.

Meskipun masih kekal berkuasa di Kelantan, PAS hilang sokongan di utara dalam kempen anti-Barisan Nasional.

Pun begitu, salah satu kebanggaan PAS ialah apabila presidennya pernah dilantik menjadi Menteri Pembangunan Tanah dan Kemajuan Wilayah pada 1 Januari 1973 hingga 9 November 1977 di bawah kabinet pimpinan Tun Abdul Razak Hussein. 

Razak Kelantan

 

PAS keluar Barisan Nasional? 

Percanggahan Presiden PAS, Dato’ Asri Muda dengan Menteri Besar Kelantan, Mohamad Nasir pada masa tu telah mencetuskan ketegangan antara PAS-UMNO.

DUN Kelantan membawa usul tidak percaya kepada Nasir dan selepas usul diluluskan, demonstrasi dicetuskan penyokong Nasir sehingga ia bertukar menjadi rusuhan. 

Darurat Kelantan

Dewan Rakyat mengisytiharkan darurat di Kelantan dan pentadbiran negeri diletakkan di bawah kuasa seorang pegawai persekutuan. Majlis Tertinggi BN beri tempoh 4 hari kepada PAS untuk pecat ahli Parlimen yang tentang Rang Undang-Undang Kuasa-Kuasa Darurat (Kelantan) 1977.

Akibat krisis ini, Dato’ Asri Muda mengumumkan PAS keluar BN. Pada 1978, perintah darurat di Kelantan ditarik balik.

 

2020 – PAS kembali bersama kerajaan persekutuan

Selepas 48 tahun berlalu, bagaikan tidak percaya PAS kembali menjadi kerajaan persekutuan.

Dengan kekuatan 18 orang ahli Parlimen, kemasukan PAS ini katanya bagi menoktahkan kemelut politik berpanjangan akibat perpecahan daripada kerajaan Pakatan Harapan.

88220525 104965367781294 8423989940584448000 N

Apa-apapun, diharapkan perjalanan PAS kali kedua dalam kerajaan persekutuan ini mampu beri impak yang baik seperti pertama kali dulu. 

Baca: “Kenapa tak lantik Anwar terus” – Lelaki Ini Kongsi Teori Macam Mana Tun M ‘Buka Jalan’ Kepada Tan Sri Muhyiddin Jadi PM ke-8

Anwar

 

Sumber: Perak Today
Sumber: FMT
Sumber: FMT
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.