in

“Sejak bila bomoh bagi pil”- Pakcik Makan Ubat Bomoh ‘Moden’ Untuk Rawat Diabetes, Last-last Masuk Hospital

Featured 41

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak dinafikan masih ramai dalam kalangan masyarakat kita yang berjumpa dengan bomoh bagi mendapatkan rawatan bagi ‘penyakit’ tertentu.


Malah ada dalam kalangan bomoh ini yang terang-terangan mewar-warkan tentang service yang mereka tawarkan.

Perkongsian terbaru dalam facebook Medical Mythbusters Malaysia nyata mengejutkan ramai pihak, bila salah seorang ahlinya yang juga pegawai farmasi, Mohd Dziehan Mustapa berkongsi mesej yang diterimanya daripada seorang individu.

BOMOH GUNA UBAT MODEN, PELANGGAN MASUK HOSPITAL

BOMOH GUNA UBAT MODEN, PELANGGAN MASUK HOSPITALSaya kongsikan di sini perbualan chat saya bersama-sama salah seorang…

Posted by Medical Mythbusters Malaysia on Thursday, December 26, 2019

Saya kongsikan di sini perbualan chat saya bersama-sama salah seorang pengikut saya yang bertanyakan soalan berkaitan ubat.

Pada mulanya, beliau ingin tahu jenis apakah ubat yang ditunjukkan dalam gambar yang dihantar kepada saya. Setelah meneliti beberapa keping gambar yang diberikan, ubat tersebut adalah ubat untuk tujuan rawatan diabetes. Ia adalah kombinasi 2 jenis ubat dalam 1 tablet iaitu ubat glibenclamide 5mg + metformin 500mg. Ubat ini dimakan oleh bapa saudaranya.

1 6

Beliau ingin tahu adakah ubat ini boleh menurunkan paras gula dalam darah secara mendadak… Hmmm jawapan saya susah nak kata sebab setiap individu berbeza dan terdapat pelbagai faktor luaran yang boleh mempengaruhi keberkesanan ubat diabetes dalam mengawal paras gula dalam darah termasuk umur pesakit.

Yang pasti, doktor yang merawat dan mahu menggunakan ubat ini tentunya tahu jenis ubat yang bersesuaian dan berapa dos nak diberikan.

2 8

3 5

Rupa-rupanya tak disangka sungguh jawapan yang saya terima daripada beliau. Ubat tersebut telah diberikan oleh seorang “BOMOH”. Yes… Bomoh OK!

Sejak bila pulak lah bomoh telah mula berkecimpung menggunakan ubat moden dalam amalan mereka? Kat situ saya dah boleh agak bahawa pakcik itu telah tertipu. Entah berapakah bayaran untuk ubat diabetes yang diberikan itu dan apakah dos yang telah diberikan?

4 4

Saya nasihat agar jumpa doktor di klinik kesihatan berdekatan. Elak ambil ubat diabetes yang diberikan oleh bomoh itu tanpa nasihat dan pengawasan profesional kesihatan seperti doktor & ahli farmasi.

Pakcik tu tak mahu ambil ubat lain dah. Ambil Ubat yang bomoh tu berikan sahaja. Dosnya 2biji 2kali sehari. Maksimum dos tu dan pakcik ni pulah telah berumur 80 tahun lebih ??‍♂️??‍♂️??‍♂️. Aduh, tinggi dos tu!!!

5 1

6 1

Akhirnya baru-baru ini pakcik tersebut telah dikejarkan ke hospital kerana tidak sedarkan diri akibat gula dalam darah yang terlalu rendah. Seperti yang dijangkakan ?

7 1

8 1

Kini barulah pakcik tu serik dah. Tak ikut lagi cakap bomoh tu. Bomoh tu jual RM60 untuk 1 strip 10biji tablet. Sedangkan dalam pasaran harga cuma sekitar RM6-10 sahaja. Perghhhh…. Harga bomoh jual. Ini harga tak ada elaun kritikal ni ?.

9

10

 

Lebih baik dapatkan rawatan daripada doktor bertauliah dan fasiliti kesihatan yang sah

Dziehan berkata sekiranya individu yang mempunyai masalah kesihatan pergi ke hospital atau klinik bayaran, preskripsi ubat adalah free selain itu mereka turut dipantau dan mendapat rawatan yang betul.

Nasihata Dziehan supaya orang ramai berhati-hati dan jangan mudah terpedaya dengan bomoh atau penjual produk yang tawarkan perkhidmatan rawatan penyakit kronik.

Sebaliknya dapatkan rawatan profesional kesihatan dan di fasiliti kesihatan yang bertauliah.

Jangan jadi mangsa penipuan yang akhirnya menyebabkan korang masuk hospital akibat komplikasi penyakit.

 

Haihhh macam-macam

Baca : Kau nak isteri aku gila dan mati- Lelaki Terima Bungkusan Kuning, Ada Paku, Gambar Dan Jampi Melalui Pos Laju

Bomoh

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.