in

“Kau nak isteri aku gila dan mati”- Lelaki Terima Bungkusan Kuning, Ada Paku, Gambar Dan Jampi Melalui Pos Laju

Featured 38

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kepercayaan karut dan khurafat seakan sebati dengan masyarakat di negara ini lebih-lebih lagi bila rasa tak puas hati pada seseorang ataupun ingin mendapatkan sesuatu dengan cara yang mudah.


Khidmat bomoh pasti akan digunakan bagi ‘merealisasikan’ impian individu tersebut walau dengan apa pun caranya.

Perkongsian Md Iruwan di facebook mengenai bungkusan kuning yang diterimanya, tak lain tak bukan seperti menggunakan khidmat bomoh.

Ada gambar keluarga dengan contengan seakan jampi, kain kapan berbalut seakan mayat dan beberapa batang paku”

Pada yg buat benda nie, terimo lh balasan tuhan nanti,setahu aku,aku x ada pun musuh.tekejup aku kemarin bukak2 sampul…

Posted by Md Iruwan on Tuesday, December 24, 2019

Irwan berkata setahunya, dia tidak mempunyai musuh sebab itu dia terkejut bila terima sampul yang mengandungi ‘benda pelik’ di dalamnya.

“Pada yg buat benda nie, terimo lh balasan tuhan nanti,setahu aku,aku x ada pun musuh.tekejup aku kemarin bukak2 sampul surat dpt benda mcm nie.

“Gambar nie aku tahu kau ambik dlm fb aku.dn aku tahu kau follo pekrbangan aku dlm fb aku x kn balas pebuatan mu nie,tp mu kena igt kuasa tuhan lebih dari segala2nya.”

Dia tahu yang individu tersebut cemburu dengan keluarganya dan mahukan dia bercerai dengan isterinya, bukan itu sahaja Irwan juga tahu yang pelaku mahukan isterinya gila dan mati.

“Kalau jadi apa2 atas keluaga aku mu jwp lh nnt.tuhan maha adil dari segala2nya.kau buat nk suruh aku dgn isteri aku berpisah,dn kau nk isteri aku jd gila dh mati.

“Tapi kau igt,kalau tuhan x izin benda nie x kn jd.aku mintak doa dgn tuhan supaya tuhan tunjuk dh azap sesiapa yg sanggup buat mcm nie kepada keluaga aku.aku x takut mati sbb mati tu pasti kepada setiap yg hidup.

“Tapi aku mintak dgn tuhan panjan kn umur ku sbb amalam aku masih x cukup.dn anak2 aku masih kecil.yaallah ku pohong pada mu kau tunjuk kn lh kebenarannya nnt aminnn….”

Jelas Irwan lagi, barang itu dihantar menggunakan Pos Laju sebelum dia membukanya dan mendapati ‘barang pelik’ tersebut dalam sampul yang diterimanya.

Kurang 24 jam ia dimuatnaik, lebih 11,000 likes dan hampir 10,000 shares di facebook.

 

Baca : “Mai campurkan darah haidnya dlm makanan saya” Lelaki Kongsi Kisah Disihir Bekas Isteri Supaya Tinggalkan Isteri Baru

Mai

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.