Tidak dinafikan bahawa manusia zaman sekarang sanggup melakukan bermacam-macam cara untuk meraih perhatian netizen di media sosial sampai ada yang sanggup memudaratkan diri.
Dalam satu video yang kini sedang tular di media sosial ini, seorang pemuda melakukan satu aksi makan manisan yang membuatkan ramai netizen jadi kembang tekak bercampur ngeri.
Artikel berkaitan : “KKM seringgit” – Netizen Dah Mula Jelak Tengok Content Makanan Manisan Melampau
Artikel berkaitan : “Diabetes say hi” – Netizen ‘Gerun’ Tengok Bancuhan Minuman Yang Peniaga Ini Buat
Video yang berdurasi 1 minit 5 saat itu memperlihatkan pemuda tersebut memasukkan berbekas-bekas lepa coklat ke dalam akuarium kosong sampai penuh untuk dimakan dengan laju sampai habis kesemuanya dalam masa 3 jam.
Dia berjaya menghabiskan kesemua lepa coklat tersebut sebelum menunjukkan dirinya dalam keadaan kekenyangan.
Diabetes says hi👋😭 pic.twitter.com/Evfb5IzicG
— Cikgu_Anep (@Cikgu_Anep) July 14, 2024
Sudah semestinya ia telah mencuri tumpuan netizen yang rata-ratanya berasa ngeri dan kembang tekak melihat aksi pemuda tersebut. Mereka mempertikaikan tindakan lelaki ini yang hanya memudaratkan diri kerana risiko terkena penyakit kencing manis yang tinggi.
Bahkan ada juga yang menyifatkan ia hanyalah kandungan semata-mata kerana agak mustahil untuk habiskan kesemuanya. Namun begitu, ramai juga yang memberikan kritikan sinis terhadapnya.
Min harap content je lah, sebab bahaya sangat apa yang dia buat tu.
Sumber : X