in

“Islam tegah gurauan sampai menipu” – Amin Idris Tegur Aliff Syukri Dakwa Lagu Raya Hanya ‘April Fool’

Amin Idris Aliff Syukri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas teruk dikecam dan ditegur ibunya susulan memuat naik klip lagu raya, usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri tampil menyatakan perkara itu hanyalah prank semata-mata.


Dakwa Aliff Syukri Kamarzaman, lagu rayanya pada tahun ini sememangnya tidak wujud dan netizen sudah terkena gurauannya sempena April Fool.

Bagaimanapun, ramai meluahkan rasa kecewa dan menyifatkan gurauan Aliff itu sebagai melampau dan mempersendakan agama Islam.

Artikel berkaitan: “Siapa dah kena prank?” – Dakwa Nak Lancar Lagu Baru Hari Ini, Aliff Syukri Cakap Ia Hanya ‘April Fool’

Artikel berkaitan: [VIDEO] Kongsi Kisah Penghijrahan, Ramai Baru Tahu Amin Idris Seorang Mualaf


Tindakan Aliff juga turut meraih perhatian penceramah motivasi dan pengacara, Amin Idris yang meluahkan rasa kurang senang dengan pendedahan usahawan terbabit.

Menerusi hantarannya di Instagram, Amin Idris mempersoal tujuan Aliff berbuat demikian sehingga telah membuatkan ramai rasa tertipu. Bukan itu sahaja, sambutan April Fool adalah dilarang bagi umat Islam.

“Tahukah saudara April Fool hukumnya haram, sepakat para ulama’ satu dunia? Kenapa? Kerana April Fool menggalakkan gurauan menipu dan melampau.

“Satu Malaysia telah ditipu. Saudara mampu minta maaf setiap orang yang ditipu? Atau sekadar nak selamatkan diri dari diboikot?

“Buat dosa dengan Allah, boleh minta ampun dan diampunkan. Buat salah dengan menipu manusia, Allah takkan ampunkan dosa selagi manusia tidak maafkan,” tegurnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Amin Idris (@amin_idris)

Dalam pada itu, beliau menyarankan supaya usahawan berkenaan bersama-sama keluarga memburu malam Lailatul Qadar di sepuluh malam yang terakhir.

Terdahulu, Amin Idris menggesa orang ramai supaya memboikot video yang dibuat Aliff sebagai pengajaran supaya kesilapan berikut tidak sentiasa diulangi.

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.