in

“Sedih dia kena hadap semua perkara negatif ni” – Dihina di TikTok Kerana OKU, Remaja Ini Sebaliknya Dipuji Neelofa!

Lofa Baik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, viral di Twitter sebuah video yang memaparkan seorang remaja sindrom down di aplikasi TikTok yang telah menerima pelbagai jenis komen jahat daripada segelintir netizen hanya kerana dia seorang OKU.


Menurut mStar, video tersebut telah ditularkan semula oleh netizen bernama Siti Nur Farah Annisha Mohd Ramzan, 18, yang kasihan dengan nasib remaja tersebut dan kagum melihat kepetahan gadis bernama Puteri Bulan itu di TikTok. 

Puteri Bulan
Video puteri bulan yang mendapat hinaan netizen

Menurutnya, perasaannya berubah lepas membaca ruangan komen yang dicemari kata-kata kurang enak, dipercayai ditulis oleh pengguna TikTok yang masih kanak-kanak lagi.

“Saya berminat dengan Puteri Bulan selepas jumpa videonya di TikTok. Walaupun sindrom down, tapi dia petah bercakap. 

“Saya rasa ia dekat dengan hati sebab saya pun ada anak saudara yang juga sindrom down. Tapi anak saudara saya yang berumur 10 tahun tak boleh bercakap lagi. 

“Jadi saya rasa dia luar biasa. Bila baca komen, saya jadi agak marah. Saya tengok ramai kanak-kanak komen, mungkin yang sekolah rendah,” katanya.

 

Puteri Bulan dipuji Neelofa

Selain mendapat sokongan daripada netizen di Twitter, Puteri Bulan juga menarik perhatian pengacara dan usahawan popular, Neelofa.

Neelofa yang melihat video tersebut memberikan respon positif di Twitter.

Neelofa

Sedih tengok dia kena hadapi semua perkara negatif apabila apa yang dia buat hanyalah menyebarkan positiviti kepada semua dan bergembira. Teruskan menjadi diri sendiri Puteri Bulan.” 

Komen Neelofa tersebut diikuti dengan komen positif dan sokongan daripada netizen lain di Twitter.

Kuat

Apa-apapun admin doakan adik ini tabah hadapi kata-kata orang. Terus kuat dik! 

Baca: “Dihina sebab gemuk” – Menghilang 4 Bulan Dari Media Sosial, Faiz Dickie Tampil Dengan Imej Baru

Faiz

Sumber: mStar
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.