“Sediakan tisu sebelum tengok!” – Ramai Mengalir Air Mata Tengok Iklan Terbaru Dari Thai Ni

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Betul la macam orang ramai kata, iklan Thai memang tak pernah mengecewakan. Tak kira la iklan kelakar ke, sedih ke atau iklan yang nak sampaikan mesej mendalam sekalipun. Boleh kata, 99% semuanya menjadi.

Terbaru, satu iklan Thai dari CP Group katanya dah tarik perhatian ramai sebab sedih sangat! Iklan tu baru dimuat naik dekat Youtube pada 19 September hari tu dan sekarang dah cecah hampir 26 ribu tontonan.

Admin sendiri pun leleh gais lepas tengok! Mana taknya, video ni main sentimen ibu, so dah tentulah semua orang akan menitiskan air mata kan….

Permulaan video tu menceritakan watak seorang cikgu lelaki yang bawak ibu dia yang dah tua ke sekolah setiap hari. So, dalam setiap kelas dia mengajar tu, ibu dia akan duduk dekat belakang sekali sambil tidur.

Lagi buat sedih, mereka ni orang susah dan cuma naik motor ke sana sini. Bayangkanlah ibu yang dah tua menanti usia, terpaksa dipapah dan naik motor. Sakit pinggang oi!

Disebabkan tu, murid-murid pun jadi hairan kenapa cikgu sampai bawa ibu dia ke sekolah. Perkara tu buatkan parents pelajar macam kurang senang dan semua pakat buat aduan dekat guru besar.

Cikgu tu kemudian kena panggil dan ditegur sebab dah banyak sangat aduan pasal dia bawa ibu ke sekolah. Ada yang cadangkan mungkin cikgu tu perlu upah orang untuk jagakan mak dia sepenuh masa.

Tapi jawapan cikgu tu, memang meruntun hati….

Dia ibu saya. Saya tak boleh biarkan orang lain jaga dia. Saya mahu sentiasa dekat dengan dia, saya ada seorang saja mak dan saya hanya ada dia.”

Walaupun guru besar tu dah bagitau yang dia boleh tolong carikan orang untuk diupah jagakan mak cikgu tu. Tapi, dia berkeras untuk jaga mak dia juga. Dalam dorang tengah bersembang tu, tiba-tiba cikgu tu toleh belakang dan tengok ibu dia dah tak ada. Apa lagi, kelam kabut dia cari sekitar kawasan sekolah sambil jerit panggil ibu dia.

Mak!!! Mak!!!!” 

Beberapa murid yang perasan jeritan tu, kemudian terus berlari dan tolong cikgu dorang carikan ibu dia di kawasan sekolah.

Nak tau apa jadi lepas tu? Haa korang kena tonton video ni!

Nak tau kenapa dia sanggup jaga ibu dia setiap masa? Nak tau apa pengakhiran aduan ibu bapa dekat pihak sekolah tu?

Tonton video ni:

Netizen yang dah tonton video ni rata-rata mengaku yang ia berjaya buat mereka mengalirkan air mata. Antara komen dorang:

“Iklan Thai memang tak pernah mengecewakan.”

“Terima kasih kerana keluarkan video ni. Mengingatkan kami semua untuk hargai ibu bapa!”

“Tak kira tengok berapa banyak kali, saya tetap menangis.”

Weh, memang menitis air mata bila tengok. Amacam, korang meleleh tak? 

Baca: Gambar Ibu Tunggal Ini Menangis Tak Mampu Bayar Bil Hospital Anak Akan Buat Korang Sebak

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Sue Idris

Seorang ibu. Siapa cakap anak aku tak comel siap eh!